Malaysia Oversight

Pengering Rambut Acerpure Beauty HD3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

By Amanz in November 6, 2025 – Reading time 1 minute
Pengering Rambut Acerpure Beauty HD3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599


Pengering Rambut Acerpure Beauty HD3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM599

November 6, 2025
Acer
Peranti

Amy Maizuraa

Acerpure BEAUTY HD3 merupakan pilihan pengering rambut baharu daripada Acer di Malaysia. Ia dilengkapi dengan teknologi PINOKI Ion yang diinspirasikan daripada hutan Hinoki Alishan di Taiwan. Teknologi ini mampu menghasilkan 160 juta ion untuk mengekalkan kelembapan, mengurangkan kusut, serta menjadikan rambut lebih licin.

Acerpure Beauty HD3 8

Acerpure BEAUTY HD3 menggunakan motor berkelajuan 110,000 RPM bersama aliran udara 21L/s yang mampu mengeringkan rambut paras bahu dalam kira-kira tiga minit. Sementara itu, mod AI pintar terbina boleh menyesuaikan suhu secara automatik antara panas dan sejuk untuk melindungi kulit kepala dan rambut daripada kerosakan haba.

Acerpure Beauty HD3 76 edited scaled

Ia juga ringan dan mudah dilipat yang menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian. Selain itu, ia dilengkapi fungsi Smart Clean, paparan LED serta aksesori seperti diffuser dan beg simpanan.

Acerpure BEAUTY HD3 2

Acerpure BEAUTY HD3 kini tersedia di Malaysia pada harga RM599. Namun bagi pembelian sebelum 19 November 2025, pelanggan berpeluang menikmati harga pelancaran RM399 termasuk kredit Touch ’n Go sebanyak RM50 dan set tuala percuma.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link