Malaysia Oversight

Pengeluaran Kenderaan Di Eropah Bakal Terhenti Berikutan Kemelut Nexperia Dirampas Belanda

By Amanz in October 23, 2025 – Reading time 1 minute
Belanda Mengambil Alih Syarikat Cip Nexperia Milik China Atas Sebab Keselamatan


Pengeluaran Kenderaan Di Eropah Bakal Terhenti Berikutan Kemelut Nexperia Dirampas Belanda

October 23, 2025
Automotif

Effi Saharudin

Syarikat semikonduktor Nexperia dirampas oleh Belanda minggu lalu sehingga menimbulkan kemarahan . Nexperia telah dijual kepada syarikat pada tahun 2018 telah dirampas semula selepas beberapa tindakan syarikat didakwa mengancam kesinambungan dan melindungi pengetahuan serta keupayaan teknologi penting di Belanda dan Eropah.

Akibatnya syarikat induk Nexperia menghentikan eksport cip ke Eropah secara serta merta sebagai langkah protes. Walaupun Nexperia menghasilkan cip untuk industri automotif, proses pemasangan dan penghantaran semuanya dilalukan dari . Minggu ini Volkswagen dan BMW mengeluarkan kenyataan pengeluaran kenderaan akan terjejas sekiranya bekalan cip terus dihentikan.

Nexperia logo

Kerugian besar bakal berlaku seperti yang diramalkan akan berlaku. Bulan lalu pengeluaran Jaguar Land Rover terhenti beberapa minggu selepas menjadi mangsa serangan siber dengan ia menyebabkan kerugian £1.9 bilion (~RM 10.7 bilion) ke atas ekonomi UK.

Walaupun China dan Belanda masih gagal menyelesaikan isu ini, Nexperia memulakan semula penghantaran cip ke Eropah hari ini tetapi dengan syarat ketat seperti hanya boleh dilakukan menggunakan mata wang Yuan. Sementara itu syarikat Nexperia yang dirampas sedang mencari fasiliti pemasangan cip baharu di luar China sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Belanda berkata campur “luar biasa” diambil oleh Belanja sebagai tindak balas kepada beberapa “kekurangan dan tindakan pentadbiran syarikat yang dilihat serius”. Pengambilalihan ini membolehkan Belanda membatalkan atau menyekat keputusan pengurusan yang dilihat berbahaya.

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link