Malaysia Oversight

Pengeluar Komputer Riba Mengatakan Komputer Riba Tahun Depan Mungkin Hadir Dengan Jumlah Memori Lebih Sedikit

By Amanz in November 27, 2025 – Reading time 2 minute
Pengeluar Komputer Riba Mengatakan Komputer Riba Tahun Depan Mungkin Hadir Dengan Jumlah Memori Lebih Sedikit


Pengeluar Komputer Riba Mengatakan Komputer Riba Tahun Depan Mungkin Hadir Dengan Jumlah Memori Lebih Sedikit

November 27, 2025
Lain-lain

Nazrin

Seperti yang sedia maklum, harga komponen memori dan storan sekarang dilihat semakin meningkat kerana ia diperlukan untuk menguasakan pusat data yang dilihat semakin pesat pembangunannya gara-gara untuk tujuan memajukan teknologi kecerdasan buatan.

Kami ada melaporkan sebelum ini bahawa Lenovo telah mula membeli komponen memori untuk memastikan bahawa bekalan komponen tersebut mencukupi untuk komputer-komputer riba mereka akan datang.

Tambahan kepada itu, HP, sebuah lagi syarikat pengeluar perkakasan komputer juga telah mengatakan bahawa terdapat kebarangkalian besar pada tahun hadapan bahawa konfigurasi memori pada komputer-komputer riba yang dikeluarkan akan menjadi lebih terhad kerana ketandusan bekalan memori ini.

Jika anda sudah biasa melihat komputer riba tahun ini hadir dengan pilihan memori sehingga 32GB dan 64GB, mungkin penawaran memori akan turun sehingga 16GB dan 32GB sahaja apabila model komputer riba tahun hadapan diperkenalkan.

image 85

Enrique Lores, Ketua Pegawai Eksekutif HP mengatakan bahawa syarikat tersebut mempunyai bekalan memori yang mencukupi untuk komputer-komputer riba yang akan dijual pada separuh pertama tahun hadapan. Akan tetapi, perkara ini akan berubah pada separuh kedua kerana HP dilihat akan perlu membeli cip memori baru pada harga yang jauh lebih mahal.

Ini dijangka akan menyebabkan salah satu dari dua perkara, sama ada harga komputer riba yang ditawarkan akan menjadi lebih mahal, ataupun komputer-komputer riba yang dijual akan perlu hadir dengan jumlah memori yang lebih sedikit berbanding sebelum ini.

Beliau turut mengatakan bahawa secara lazimnya dengan isu-isu seperti ini, model komputer kelas mampu-milik yang akan terkesan paling teruk dengan isu ini. Pelan untuk HP apabila mereka perlu membuat keputusan kelak ialah mungkin untuk memperkenalkan kenaikan harga berdasarkan keperluan bergantung kepada negara dan model-model yang ditawarkan.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Phison mengatakan bahawa ini adalah apa yang akan dilakukan oleh pengeluar komputer dan komputer riba pada tahun hadapan. Jika anda benar-benar memerlukan sebuah komputer desktop atau komputer riba baru, ini adalah masa untuk membelinya sebelum kenaikan harga komponen memori dan storan meningkat lagi.

PCMag

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link