Malaysia Oversight

Pengeluar Escobar Fold Mungkin Dipenjara 30 Tahun Kerana Menipu

By Amanz in July 23, 2025 – Reading time 1 minute
Pengeluar Escobar Fold Mungkin Dipenjara 30 Tahun Kerana Menipu


Peranti

Pengeluar Escobar Fold Mungkin Dipenjara 30 Tahun Kerana Menipu

July 23, 2025

Effi Saharudin

Enam tahun lalu, Escobar Fold 1 dan Fold 2 dilancarkan sebagai telefon lipat paling mampu milik di pasaran. Unit ulasan Fold 2 yang diberikan kepada MKBHD sebenarnya sekadar Samsung Galaxy Z Fold yang ditampal dengan pelekat murahan. Sementara Fold 1 pula sekadar sebuah Royole FlexPai. Minggu ini CEO Escobar Phone, Olof Gustafsson mengaku bersalah terlibat dalam skin penipuan dan pengubahan wang haram melibatkan telefon yang dijual.

Escoba Fold 1 B

Olof Gustafsson membuka jualan untuk Escobar Fold 1 dan Escobar Fold 2 pada harga sekitar $400 tetapi selepas bayaran dilakukan pembeli, peranti tidak dihantar. Sebaliknya pembeli hanya menerima sijil, barangan berjenama Escobar dan token kripto Escobar Cash yang tidak bernilai. Ini adalah bagi membolehkan bayaran diterima walaupun tidak sama dengan yang dipesan pelanggan.

Penipuan yang dilakukan oleh Gustafsson menerima perhatian Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sehingga beliau ditangkap di Sepanyol pada tahun 2022. Awal tahun ini beliau diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan. Dua hari lalu Gustaffon mengaku bersalah ke atas kesemua tuduhan di mahkamah. Hukuman akan dijatuhkan pada 6 Disember hadapan dengan beliau berhadapan penjara sehingga 30 tahun.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link