Malaysia Oversight

Pengecualian tarif timbal balik dimeterai dalam perjanjian baru M’sia-Amerika

By MkiniBM in October 26, 2025 – Reading time 1 minute
Pengecualian tarif timbal balik dimeterai dalam perjanjian baru M’sia-Amerika


Perdana Menteri Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald telah menandatangani satu perjanjian menyeluruh mengenai perdagangan timbal balik.

Di bawah perjanjian tersebut, kadar tarif timbal balik bagi Malaysia dikekalkan pada 19 peratus.

Namun, Malaysia telah mendapat persetujuan bahawa senarai barangan yang dikecualikan daripada tarif timbal balik di bawah perintah eksekutif pada April lalu akan kekal berkuat kuasa.

Ini termasuk bagi semikonduktor dan komponen elektronik lain — antara eksport utama Malaysia ke Amerika Syarikat.

Satu lagi perkara utama dalam perjanjian itu ialah Malaysia tidak akan mengenakan sebarang kuota terhadap eksport mineral kritikal dan nadir bumi ke Amerika Syarikat.

Bagi pengguna Malaysia, perjanjian baru ini juga menyaksikan bersetuju untuk mengecualikan produk pertanian dan makanan laut dari Amerika Syarikat daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ini bermakna buah-buahan yang ditanam di Amerika Syarikat akan turut dikecualikan daripada SST, sama seperti epal, oren, kurma, dan limau mandarin.

Logo halal bagi mana-mana produk yang diperakui halal di Amerika Syarikat dan ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) juga akan dibenarkan untuk pasaran Malaysia.

Perjanjian penuh beserta lampiran dan apendiksnya dilampirkan di bawah.



Source link