Malaysia Oversight

‘Pengecualian cukai perkhidmatan sewa pesawat bagi lindungi ekonomi, industri tempatan’

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


hari ini berkata keputusannya untuk mengecualikan sewa pesawat dan kapal daripada cukai perkhidmatan dibuat untuk melindungi ekonomi dan pelancongan tempatan.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata pengecualian cukai itu diberikan bagi menghalang pemilik tempatan daripada mendaftarkan kapal dan pesawat mereka di negara lain.

“Pengenaan cukai boleh mendorong pemilik kapal/pesawat tempatan untuk berdaftar di luar negara, sekali gus mengurangkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di Malaysia.

“(Kedua) kekalkan daya saing industri tempatan – negara jiran tidak mengenakan cukai yang sama. Tanpa pengecualian, pelanggan mungkin beralih kepada perkapalan atau penerbangan luar negara.,” katanya.

Menurut MOF, pengecualian itu diberikan terutamanya untuk industri maritim dan penerbangan kerana mereka memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan, pelancongan dan ekonomi negara.

“Ia tidak terpakai kepada sewaan kenderaan seperti kereta, bas, atau premis perniagaan yang berbeza sifat penggunaannya,” katanya.

Kementerian itu juga menafikan dakwaan bahawa cuba merahsiakan keputusan itu dengan melaksanakannya secara senyap.

Ia berkata langkah itu diumumkan menerusi portal MySST Jabatan Kastam pada 24 Julai.

Awal minggu ini, bekas timbalan pengarah komunikasi strategik Eric See-To dalam hantaran di Facebook mengkritik berhubung langkah pengecualian cukai itu.

Dia membandingkan keputusan itu dengan perkhidmatan sewa lain yang masih dikenakan cukai perkhidmatan lapan peratus, seperti sewa kedai, mesin fotostat dan kereta serta bas.

“Rakyat biasa yang menyewa kereta, bas atau lot kedai perlu membayar cukai, tetapi mereka yang menyewa kapal dan jet – mereka dikecualikan,” katanya.



Source link