Malaysia Oversight

Pengecualian 100% duti eksais kereta M’sia untuk pemandu teksi

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Pemandu teksi dan kereta sewa persendirian mendapat perhatian selepas Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif penting di bawah Belanjawan 2026 bagi membantu golongan itu meningkatkan pendapatan dan kecekapan operasi.

“Kepada semua pemandu teksi pengecualian 100 peratus duti eksais dan pengecualian 100 peratus cukai jualan akan diteruskan ke atas pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.

“Bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi, HRD Corp menyediakan 10 juta ringgit untuk menanggung kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi berlesen yang bercarum menjalani latihan peningkatan kapasiti,” katanya dalam pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, langkah ini dijangka mengurangkan beban kos pemilikan kenderaan serta membantu pemandu menggantikan kenderaan lama dengan model lebih baharu dan cekap tenaga.

“Selain itu, turut menumpukan aspek latihan dan pembangunan kemahiran pemandu dengan peruntukan RM10 juta melalui HRD Corp.

“Dana tersebut akan digunakan untuk menanggung kos kursus serta elaun kepada pemandu teksi berlesen yang mencarum, bagi mengikuti latihan peningkatan kapasiti yang merangkumi aspek keselamatan, perkhidmatan pelanggan dan penggunaan teknologi baharu dalam operasi seharian,” katanya.



Source link