Malaysia Oversight

Pengecas Desktop Anker Prime Charging Station Digodam Untuk Memainkan DOOM

By Amanz in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Pengecas Desktop Anker Prime Charging Station Digodam Untuk Memainkan DOOM


Pengecas Desktop Anker Prime Charging Station Digodam Untuk Memainkan DOOM

August 25, 2025
Perkakasan

Nazrin

DOOM, permainan pertama yang memperkenalkan dunia kepada genre permainan penembak pertama (first-person shooter) kini berumur sekitar 30 tahun. Siri permainan DOOM terbaru memperlihatkan permainan sama, tetapi dengan grafik, muzik dan penceritaan yang lebih mendalam.

Permainan asal selalu digunakan oleh mereka dengan pengetahun teknikal untuk menggodam peranti untuk menggerakkannya, dan membolehkan orang ramai untuk melihat sejauh mana teknologi perkomputeran telah berkembang dalam 30 tahun sejak permainan tersebut diperkenalkan.

Terkini, seorang penggodam, Aaron Christophel telah memperlihatkan permainan tersebut dimainkan pada sebuah aksesori pengecasan Anker Prime Charging Station yang tampil dengan kebolehan mengecas beberapa peranti sekaligus, dan juga permainan DOOM yang asal.

image 85

Aksesori ini hadir dengan kuasa pengecasan 250W, tetapi apa yang penting untuk eksperimen ini ialah paparan skrin 2.26 inci dengan resolusi 480×200 pixel, bersama-sama SoC Synwit SWM34S yang dipadankan dengan memori 8MB SDRAM dan storan bersaiz 16MB.

Pergerakan Doomslayer pada binaan ini juga hanya memerlukan penggunaan roda di bahagian sisi aksesori pengecasan ini. Pengguna hanya perlu memusingkan roda tersebut untuk menggerakkan watak ke depan dan belakang, menekan butang dan memutar roda tersebut untuk berpusing ke kiri dan kanan, dan menekan butang sahaja untuk menembak musuh.

Daripada apa yang dapat diperlihatkan melalui video dibawah, permainan ini dapat digerakkan dengan agak lancar. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek ini, anda boleh melayari laman GitHub mereka.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link