Malaysia Oversight

Pengasas Telegram, Pavel Durov Akhirnya Dibenarkan Meninggalkan Perancis

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
Pengasas Telegram, Pavel Durov Akhirnya Dibenarkan Meninggalkan Perancis


Pengasas Telegram, Pavel Durov Akhirnya Dibenarkan Meninggalkan Perancis

November 14, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan oleh pihak berkuasa Perancis. Durov yang memegang dwi kerakyatan Perancis dan Rusia ditahan di Paris tahun lalu dan tidak dibenarkan untuk meninggalkan Perancis bagi membantu siasatan ke atas Telegram.

Pavel Durov potret

Beliau ditahan selama empat hari ditahan oleh pihak berkuasa sebelum dibebaskan dengan ikat jamin €5 juta (~RM 24 juta) kerana didakwa bersubahat dengan pelbagai jenayah seperti penipuan atas talian dan penyebaran kandungan lucah pedofilia yang dilakukan dalam platform milik beliau.

Pada bulan Julai beliau diberikan kelonggaran untuk terbang ke UAE selama 2 minggu sahaja setahun bagi tujuan menguruskan Telegram yang berpangkalan di negara tersebut selepas meninggalkan Rusia. Selain itu beliau juga perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap dua minggu seperti pesalah SOSMA di Malaysia.

France24

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link