Malaysia Oversight

Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas.

Iznan Syahir Mohammad Tasnim, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, Cheras pada 3.01 pagi 13 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki menikam bapanya hingga selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga.

– Bernama



Source link