Malaysia Oversight

Penduduk pertikai PKB ‘masuk campur’ isu Kg Sungai Baru

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
Penduduk pertikai PKB 'masuk campur' isu Kg Sungai Baru


Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru mempertikaikan sikap Perbadanan Kampung Bharu (PKB) yang membuat kenyataan berhubung isu petempatan berkenaan ketika badan itu mendakwa mereka tidak terlibat sejak awal.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Zainab Alias, bersama penasihat badan tersebut, Muzaffar Razman, Setiausaha PKB, Shamsuri Suradi, meletakkan jawatan.

Kata Muzaffar, tidak ada sebab untuk PKB terlibat dalam isu Kampung Sungai Baru kerana sudah dijelaskan bahawa petempatan tersebut bukan berada dalam kawasan Kampung Baru.

“Awak duduk diamlah,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sepatutnya kata Muzaffar cukup untuk PKB mengambil berat isu berkaitan Kampung Baru, dan bukannya Kampung Sungai Baru.

Turut dikecam oleh jawatankuasa terbabit pada hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, yang dianggap mereka memihak kepada pemaju berbanding penduduk kampung berkenaan.

“Mengapa kamu membela pemaju. Malah bukan saja membela, tetapi menjadi alat pemaju.

“Kemudian Zalina pun bersama di situ. Apa yang dia nak buat di Kampung Sungai Baru?

“Kata Menteri ini bukan soal tetapi ini swasta, tapi kamu masih nak buat kenyataan. Mana kenyataan daripada pemaju.

“Pemaju tak buat kenyataan (tapi) menteri dengan PKB yang buat kenyataan untuk dia,” katanya.

Muzaffar berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Zaliha pada 12 Sept lalu apabila menteri terbabit menyarankan agar penduduk yang terlibat dalam pertikaian mengadakan perbincangan dengan pemaju, bukannya .

Tiup semangat penduduk

PKB pula menyatakan, sehingga kini 236 daripada 328 pemilik rumah telah bersetuju dengan pelan pembangunan semula kawasan terbabit dan pampasan sebanyak RM62 juta sudah dikeluarkan.

Sementara itu, Zainab berkata, Shamsuri dan PKB perlu meneliti Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu – atau Akta 733 – yang menyatakan agensi terbabit hanyalah bertindak sebagai fasilitator saja.

Justeru dia mempertikaikan sama ada Shamsuri benar-benar faham tugas dan tanggungjawabnya kepada penduduk Kampung Baru atau sebaliknya.

“Kenapa tiba-tiba dia wujud, dalam keadaan kami di sini, menyebelahi pemaju?

“Dia tak ada kena-mengena dan jangan masuk campur. Biar kami penduduk bersama-sama uruskan dengan pemaju,” katanya.

Pada sidang media sama, jawatankuasa terbabit turut menyatakan rasa terharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, atas keprihatinan baginda terhadap rancangan pembangunan semula kawasan Kampung Baru.

Mendakwa pemaju tidak memiliki perintah mahkamah yang jelas, Muzaffar berkata, Sultan Sharafuddin menitahkan rasa sedih baginda terhadap perobohan rumah penduduk di situ.

“Titah tuanku itu telah meniupkan semangat kepada kami yang sedang ditindas dan dianiaya ini. Sesungguhnya apa yang berlaku kepada penduduk Kampung Sungai Baru adalah ketidakadilan yang nyata

“Rumah tempat kami berteduh, tanah tempat kami berbakti diruntuhkan tanpa belas ihsan.

“Kami menanggung derita, namun tetap yakin bahawa kebenaran akan terserlah,” katanya.

Turut dihargai jawatankuasa terbabit ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani.

Kata Muzaffar, Johari tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa Kampung Sungai Baru adalah tanah rizab Melayu dan mengakui dia tidak mendapat maklumat yang jelas sebelum ini.

[Baca berita penuh]



Source link