Malaysia Oversight

Pendirian terhadap pelan damai AS antara tumpuan hari ini

By MkiniBM in October 7, 2025 – Reading time 2 minute
Pendirian terhadap pelan damai AS antara tumpuan hari ini


PARLIMEN | Pendirian Malaysia terhadap pelan damai yang dikemukakan oleh Presiden AS, Donald , berhubung konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan utama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal parlimen, soalan itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang akan dibangkitkan oleh Mohd Shahar Abdullah (-Paya Besar) kepada perdana menteri.

Dia juga ingin mengetahui sejauh mana pelan berkenaan selaras dengan prinsip dan usaha Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin serta kedaulatan negara berkenaan.

Pada sesi sama, Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengajukan soalan kepada perdana menteri berhubung tahap persediaan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 khususnya dari segi promosi antarabangsa serta penglibatan negeri.

Dia turut membangkitkan isu perbelanjaan yang dibuat berasaskan prinsip ‘nilai untuk wang’ dan adakah akan diadakan pelancaran besar-besaran pada 31 Dis 2025 seperti amalan sebelum ini.

Pada sesi soal jawab pula, Mordi Bimol (PH-Mas Gading) mengajukan soalan kepada menteri pengangkutan mengenai tindakan menyeluruh terhadap audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melibatkan pengusaha kenderaan komersial.

Dia mahukan perincian berkenaan perancangan dan jadual audit ke atas kira-kira 300,000 syarikat serta jumlah yang telah diaudit, serta pelan pendigitalan proses audit keselamatan bagi mempercepat pengesanan ketidakpatuhan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Sementara itu, Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) meminta menteri dalam negeri menyatakan faktor kelemahan penguatkuasaan sehingga Malaysia dilihat menjadi destinasi pilihan sindiket penipuan antarabangsa termasuk kes terbaru melibatkan lebih 400 orang yang ditahan di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pula bertanyakan kepada menteri kesihatan sama ada kementerian itu bersedia atau tidak untuk memasukkan semula nikotin ke dalam senarai Bahan Racun Negara susulan bahan itu terkandung dalam .

Selepas sesi itu, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 dan RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini.

Bernama



Source link