Malaysia Oversight

Pendakwaan kemuka 28 alasan kenapa Syed Saddiq tidak wajar dibebaskan

By Utusan in September 22, 2025 – Reading time 2 minute
Pendakwaan kemuka 28 alasan kenapa Syed Saddiq tidak wajar dibebaskan


: Pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Abdul Rahman daripada pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan harta dan pengubahan wang haram, kira-kira dua bulan lalu.

Petisyen tersebut difailkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Pada 25 Jun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan salah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dikenakan terhadapnya sebelum ini selepas didapati bersalah atas kesemua pertuduhan.

Daripada 28 alasan petisyen rayuan tersebut, 15 alasan berhubung pertuduhan pecah amanah, sembilan alasan berkaitan salah guna dana kutipan RM120,000 dan empat alasan bagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut petisyen tersebut, mahkamah terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa dana RM120,000 untuk kempen pilihan raya adalah hak peribadi.

“Wang itu tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak beliau kerana ia dikutip khas untuk tujuan kempen parti dan tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

“Sebahagian wang berkenaan turut dipindahkan ke akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atas nama beliau,” kata Wan Shaharudin dan petisyen terbabit.

Menurut pendakwaan, keterangan saksi utama, SP13, adalah jelas dan kukuh apabila menunjukkan terdapat arahan terus berhubung pengeluaran dana RM1 juta milik Armada pada 6 Mac 2020.

Namun, keterangan tersebut ditolak hingga menjejaskan keseluruhan pertimbangan undang-undang.

Pendakwaan berkata, mahkamah turut terkhilaf apabila beranggapan sabitan pengubahan wang haram tidak boleh berdiri tanpa kesalahan predikat, sedangkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 boleh berfungsi secara sendiri.

Sehubungan itu, pendakwaan memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan semula sabitan serta hukuman Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta kepada .

Ia selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan iaitu bersubahat melakukan pecah amanah membabitkan dana RM1 juta, menyalahgunakan wang RM120,000 serta dua kes pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.

Dana berkenaan adalah milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika itu.

Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan dan membebaskan beliau daripada semua pertuduhan berkenaan





Source link