Malaysia Oversight

‘Pen drive man’ sedia latih pensyarah Malaysia elak pakar lari ke luar negara

By MkiniBM in August 8, 2025 – Reading time 3 minute
‘Pen drive man’ sedia latih pensyarah Malaysia elak pakar lari ke luar negara


Usahawan Malaysia, Pua Khein Seng, pencipta pemacu kilat USB cip tunggal pertama dunia bersedia menawarkan latihan kepada ahli akademik tempatan di ibu pejabatnya di Taiwan sebagai usaha mengukuhkan sektor teknologi negara dan mengekang penghijrahan tenaga pakar.

Mengakui Malaysia merupakan negara berpengalaman dalam bidang pemasangan peranti semikonduktor, Pua berkata sistem pendidikan negara masih memerlukan lebih banyak pendedahan dalam bidang reka bentuk semikonduktor dan litar bersepadu serta menawarkan untuk melatih ahli akademik tempatan dalam bidang tersebut.

“Kita ada banyak perkara yang boleh ditawarkan untuk bekerjasama dengan universiti tempatan, jika mereka mahu. Jadi, jika mereka mahukan lebih sokongan, mereka boleh menghantar beberapa orang profesor mereka ke syarikat saya di Taiwan, dan bekerjasama dengan jurutera saya sekurang-kurangnya selama setahun.

“Jika mereka boleh tinggal selama setahun, mereka akan tahu apa yang ada di sana, dan apabila mereka kembali ke kampus, mereka boleh mendidik pelajar mereka dalam bidang kejuruteraan dengan lebih mudah,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Pua menubuhkan syarikat MaiStorage Technology Sdn Bhd – sebagai anak syarikat kepada Phison, syarikat Taiwan miliknya yang mencipta pemacu kilat USB cip tunggal.

ffab57983d0988babed73ea7e48cc84e

MaiStorage ialah penyedia reka bentuk litar bersepadu dan teknologi storan yang menyasarkan pusat data, aplikasi kecerdasan buatan (AI), dan industri automotif di negara ini.

Syarikat ini dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Ibrahim pada Mei tahun ini, dan dikendalikan oleh Sidec, dengan pelaburan bersama daripada dan Kementerian Ekonomi.

Seperti strategi terdahulu dengan Phison, Pua berkata matlamat jangka panjang MaiStorage adalah untuk merekrut dan melatih graduan baru dengan menawarkan gaji yang kompetitif.

Tahun lalu, syarikat itu mengambil lebih 50 jurutera peringkat permulaan dari universiti-universiti tempatan di Malaysia, dengan gaji permulaan sebanyak RM6,000.

Pua berkata, dia merancang untuk mengambil sekitar 70 hingga 100 lagi graduan tahun ini, dan berharap untuk meningkatkan tenaga kerja syarikat secara beransur-ansur.

Dalam hal ini, dia menjelaskan adalah penting untuk “melatih jurulatih” jika Malaysia serius mahu memperluaskan kepakaran dan peluang dalam bidang reka bentuk litar bersepadu dan semikonduktor.

3560b8e25e2f57005e0b6ec36e39bb91

“Kamu lihat, sekarang saya ada 50 jurutera? Saya sendiri perlu latih (mereka) semua. Sekarang saya perlu ambil 75 lagi, saya juga yang kena latih.

“Selepas 10 tahun, saya masih melatih sendiri. Kenapa tidak universiti yang melatih untuk kita? Jika kamu mahu bangunkan Malaysia sebagai kluster yang baik dalam reka bentuk, maka latih jurulatih dulu, latih profesor dulu.

“(Ini ialah) cara yang lebih cepat. Latih jurulatih,” katanya.

Pua berkata dia sanggup melakukan perkara ini kerana semangat cintakan negara dan mendakwa syarikat asing tidak begitu berminat untuk memindahkan pengetahuan teknologi mereka.

Katanya, dia mahu melabur dalam industri ini kerana yakin dengan potensinya selain berharap dapat mengembangkan pasaran reka bentuk litar bersepadu dan semikonduktor di Malaysia.

“Kita akui bahawa pasaran Malaysia ketika ini masih kecil. Tetapi apabila kita lihat berapa banyak sistem elektronik yang kita import dari luar negara, jumlah itu sangat besar.

“Jadi perlu fikir bagaimana kita boleh menggunakan pasaran tempatan untuk memupuk syarikat-syarikat reka bentuk tempatan.”

Pua berkata penting untuk Malaysia mempunyai ekosistem dan pasaran yang boleh menyokong industri reka bentuk litar bersepadu (IC).

Tambahnya, MaiStorage merancang gelombang kedua pengambilan pekerja, yang dijangka melibatkan antara 100 hingga 200 jurutera setiap tahun.

Namun, untuk memastikan ia menjadi realiti, Pua menegaskan bahawa syarikat perlu mempunyai perniagaan di Malaysia.

“Tanpa perniagaan, kita tak boleh buat banyak,” katanya lagi.

6010c14127e3782d891ce9e77284becf

Dia turut merancang untuk menyenaraikan syarikat itu di pasaran saham menjelang 2028, dan sekali lagi menekankan bahawa ia hanya dapat dicapai dengan sokongan .

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan bertemu Pua untuk membincangkan visi jangka panjangnya terhadap MaiStorage dan masa depan industri teknologi Malaysia.

Dalam pertemuan itu, usahawan tersebut menyatakan hasrat untuk membawa pelaburan sebanyak RM100 juta ke Malaysia, serta pemindahan teknologi bernilai RM1 bilion, yang akan membolehkan Malaysia menerajui industri reka bentuk mikrocip.



Source link