Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menggesa Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam susulan kenyataannya berkaitan Titah Adendum bekas Perdana Menteri Najib Razak.Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata kenyataan tersebut disifatkan sebagai menyindir, memperlekeh dan berpotensi menimbulkan suasana tidak harmoni, justeru menuntut agar hantaran berkenaan turut dipadam dalam tempoh sama.Desakan itu dibuat ketika lebih 100 Pemuda UMNO Selangor menyerahkan memorandum bantahan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Puchong. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Puchong, Khairul Azmil Bashir Mohamed memberi amaran kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Puchong akan ditamatkan serta-merta sekiranya permohonan maaf tidak dibuat, selaras dengan pendirian mempertahankan maruah parti dan menghormati institusi Raja-Raja Melayu.
Source link
Pemuda UMNO Selangor beri Bee Yin 24 jam mohon maaf
By MkiniBM in December 23, 2025 – Reading time 1 minute


Polis tahan pasangan terlibat perbuatan lucah di kubur Cina
Polis menahan dua individu selepas dipercayai terlibat dalam perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan di Batu Gantung, Air Itam, baru-baru…

KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang menyiasat kes pengisian petrol RON95 bersubsidi ke dalam tong…

60 peratus kawasan masih terbakar
Kebakaran hutan seluas kira-kira 150 hektar di kawasan Lebuhraya Desaru-Pengerang sejak Sabtu lepas masih berlanjutan, dengan 60 peratus kawasan dilaporkan…

Tun Faisal, rakyat bukan bodoh
Kritikan Ketua Penerangan Bersatu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani bertitik tolak daripada satu perbandingan yang…

TPM Fadillah beri amaran kemungkinan risiko kemarau
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata negara sedang berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu berikutan peralihan Monsun Timur Laut…
