Malaysia Oversight

Pemuda UMNO sedia jumpa Pemuda Pas hidupkan Muafakat Nasional

By Utusan in January 3, 2026 – Reading time 2 minute
Kemuka bukti dakwaan skandal ADUN Melaka dengan isteri orang


KUALA LUMPUR: Pemuda bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda pada bila-bila masa bagi menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) sebagai usaha menyatukan orang Melayu.

Ketua Pemuda , Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, setakat ini belum ada sebarang pertemuan rasmi diadakan, namun pihaknya bersedia menjadi penghubung kepada penyatuan semula dan sekiranya langkah itu mendapat sambutan positif.

“Setakat ini belum ada pertemuan, tetapi jika disambut dengan baik, kita bersedia pada bila-bila masa.

“Sebab itu saya katakan Pemuda UMNO bersedia menjadi jambatan bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu ini. Kita tunggu sahaja perkembangan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Khas Pemuda UMNO berhubung Hala Tuju dalam Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Muhamad Akmal berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik lain dalam usaha menghidupkan semula MN, namun penyatuan orang Melayu perlu diterajui oleh dua parti teras utama.

“Kita tiada masalah dengan mana-mana pihak. Namun, penyatuan Melayu mesti dipelopori oleh dua parti teras terbesar iaitu UMNO dan . Selepas itu, parti-parti lain dialu-alukan untuk turut serta,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Muhamad Akmal mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) dibubarkan dan MN diwujudkan semula susulan perkembangan politik di Perlis ketika ini.

Menurut beliau, kemelut politik yang berlaku di negeri itu mencerminkan dakwaan berlakunya tindakan tikam belakang antara Pas dan Bersatu.





Source link