Malaysia Oversight

Pemuda Umno mahu semua sekolah dilarang jadi tempat hidang arak

By MkiniBM in October 25, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda Umno mahu semua sekolah dilarang jadi tempat hidang arak


Pemuda hari ini menuntut menjelaskan mengapa mereka mengambil pendirian untuk mengekalkan amalan membenarkan minuman beralkohol dihidangkan semasa acara awam yang diadakan di dalam kawasan sekolah Cina.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh, berkata mereka akan terus menyokong pendirian yang diambil oleh Perdana Menteri Ibrahim yang lebih suka jika alkohol tidak dihidangkan di kawasan sekolah.

“Kami kekal dengan pendirian asal PMX () bahawa tempat pendidikan tidak seharusnya dibenarkan menjadi tempat minum arak, dan tidak terkecuali mana-mana tempat pendidikan,” katanya melalui media sosial hari ini.

Akmal yang juga Merlimau di Melaka berkata isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk masih belum dapat ditangani sepenuhnya dan rakyat mengharapkan mengambil langkah yang tuntas bagi mendidik orang ramai mengenai bahaya minum keras

Justeru, katanya, Pemuda mahu tahu mengapa pendirian yang dibuat perdana menteri tidak diguna pakai oleh pihak lain.

“Adakah pihak menganggap bahawa minuman keras itu boleh mendatangkan kebaikan kepada rakyat, baik dari segi kesihatan mahupun sosial?

“Jika ada, maka boleh nyatakan juga (kerana) mungkin rakyat selama ini tidak sedar akan kebaikan minuman keras,” katanya sinis.

pada Khamis lalu berkata beliau lebih suka alkohol tidak dihidangkan di kawasan sekolah namun mengakui kerajaan mempunyai kekangan ke atas institusi pendidikan yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Kenyataan Anwar itu dibuat sebagai menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari, berhubung majlis keraian alumni sebuah sekolah persendirian di Ipoh baru-baru ini.

Kenyataan perdana menteri itu mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak termasuk Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, dan Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng, yang menegaskan aspek pengurusan dan dana sekolah boleh terjejas jika larangan menghidangkan minuman keras di premis persendirian dikenakan.

Mereka juga menyatakan, pendapatan daripada sewaan dewan sekolah menjadi sumber utama untuk pengoperasian serta penyelenggaraan pusat pendidikan swasta terbabit.

Semalam kabinet memutuskan untuk mengekalkan peraturan dan garis panduan sedia ada mengenai penghidangan minuman beralkohol di dewan sekolah Cina.

Ketetapan itu bermakna minuman beralkohol boleh terus dihidangkan apabila dewan di sekolah Cina persendirian itu disewakan kepada orang ramai untuk acara yang tidak melibatkan pelajar.

Menurut Akmal kerajaan tidak sepatutnya membuat “keputusan yang salah” demi untuk mendapatkan undi.

Sebaliknya, kata Akmal, pihak atau individu yang ingin mengambil arak atau mabuk boleh bertindak demikian di tempat selain dewan sekolah.

“Jangan lahirkan generasi seperti menteri yang kaki mabuk tu!” katanya lagi.



Source link