Malaysia Oversight

Pemuda Umno desak audit Petronas, pertikai rancangan buang pekerja

By MkiniBM in June 7, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda Umno desak audit Petronas, pertikai rancangan buang pekerja


Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh menggesa agar satu audit menyeluruh dan laporan telus terhadap kedudukan sebenar Petronas dibentangkan kepada rakyat. Ia, susulan keputusan syarikat minyak nasional itu untuk mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal menyifatkan langkah pemberhentian kira-kira 5,000 pekerja itu bukan isu kecil dan menimbulkan persoalan besar mengenai hala tuju serta pengurusan operasi syarikat berkenaan.

“Petronas bukan syarikat biasa. Ia adalah lambang kejayaan industri minyak dan gas negara serta penyumbang utama kepada ekonomi negara selama berdekad-dekad,” katanya.

Mengulas keputusan penstrukturan semula yang diumumkan oleh Petronas baru-baru ini, Akmal mempersoalkan mengapa langkah drastik tersebut mahu diambil ketika harga minyak mentah global kekal stabil sekitar AS$65 setong pada tahun ini.

Sebagai perbandingan, dia merujuk kepada situasi pada 2016 apabila harga minyak jatuh lebih teruk, iaitu sekitar AS$44 setong, namun Petronas hanya mengurangkan kira-kira 1,000 pekerja ketika itu.

“Kenapa kali ini pengurangan mencecah 5,000 pekerja? Malah, pada 2020 ketika harga minyak juga rendah sekitar AS$40, tindakan sebesar ini tidak diambil.

04bcf5d588d369760a6b97f106895631

“Adakah benar-benar harga minyak menjadi punca utama, atau ada faktor lain yang tidak didedahkan?” soalnya.

Cadangkan empat langkah utama

Justeru, Akmal mendesak supaya segera campur tangan bagi memastikan kebajikan semua pekerja yang terlibat dijaga, dengan pendekatan yang adil dan berperikemanusiaan.

Dia turut mencadangkan empat langkah utama yang perlu diambil:

  • Sesi libat urus bersama kesatuan pekerja, , dan pengurusan Petronas sebelum sebarang langkah lanjut diambil.

“Nasib 5,000 pekerja ini bukan sekadar statistik. Mereka adalah ibu, bapa, anak muda dan pencari nafkah utama keluarga. Rezeki mereka perlu dibela,” tegasnya.

Akmal turut mempersoalkan kenyataan bahawa ekonomi negara sedang pulih sedangkan tindakan drastik seperti yang diumumkan oleh Petronas jelas menunjukkan sebaliknya.

75f819d7f3b6a52acd7792fdadd1fe25

“Jika sebelum ini kadar tukaran AS$D kepada ringgit pada paras 3.80 dianggap petanda ekonomi lemah, adakah dengan kadar tukaran kini mencecah 4.75, kerajaan masih mahu meyakinkan rakyat bahawa ekonomi kita dalam keadaan baik?”

‘Petronas milik rakyat’

Dalam pada itu, Ketua Pemuda itu mengingatkan bahawa Petronas adalah entiti milik rakyat dan sebarang keputusan yang melibatkan masa depan ribuan pekerja perlu disusuli dengan tanggungjawab dan keprihatinan yang tinggi.

“Kerajaan tidak boleh berlepas tangan. Jika Petronas mula bergoncang, gegarannya akan dirasai oleh seluruh negara,” katanya.

a64375928fe047791edb7910a3587091

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata penstrukturan semula itu dilakukan susulan kemerosotan keuntungan syarikat sebanyak 32 peratus tahun lalu, selepas kejatuhan 21 peratus pada tahun sebelumnya.

Langkah itu dijangka melibatkan 10 peratus tenaga kerja – atau lebih 5,000 kakitangan – termasuk pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan baharu hingga Disember 2026.

Perdana Menteri Ibrahim turut menjelaskan bahawa kebanyakan pekerja terlibat adalah mereka yang berstatus kontrak.

Namun, beberapa pihak termasuk pembangkang menuduh kerajaan terlalu bergantung kepada dividen Petronas – meskipun keuntungan syarikat itu menyusut – hingga menjejaskan keupayaan syarikat untuk mengekalkan tenaga kerja.



Source link