Malaysia Oversight

Pemuda PAS mahu raih keyakinan orang bukan Islam

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda PAS mahu raih keyakinan orang bukan Islam


MUKTAMAR | Pemuda hari ini mengakui realiti politik negara yang memerlukan sokongan bukan saja orang Melayu- dalam perjuangan mereka.

Justeru ketuanya Afnan Hamimi Taib Azzamudden berkata sayap berkenaan perlu berdepan dengan cabaran untuk meyakinkan orang bukan bahawa perjuangan yang dibawa itu adalah adil untuk semua.

Orang bukan juga, katanya, perlu difahamkan bahawa pemimpin berteraskan Islam tidak akan menindas sesiapa sebaliknya membela orang ramai sama seperti penganut Islam.

Memetik ayat al-Quran, Afnan Hamimi menegaskan Islam mengarahkan penganutnya untuk berlaku adil dan contoh seumpama itu sudah diberikan di negeri-negeri yang ditadbir PAS.

Misalnya, kata Ahli Parlimen Alor Setar itu lagi, sekolah vernakular mendapat peruntukan, manakala rumah ibadat orang bukan Islam dijaga dan rakyatnya hidup denan aman.

Bagaimanapun, dakwa Afnan Hakimi, usaha itu disukarkan oleh tindakan “musuh Islam” yang terus menakut-nakutkan orang bukan Islam.

“Mereka menuduh, jika PAS memerintah, orang bukan Islam akan dipaksa pakai tudung, dipotong itu dan ini, dirobohkan tempat ibadat mereka.

“Tetapi semua itu hanyalah propaganda musuh. Realitinya, di , Terengganu, Kedah, Perlis, non-Muslim hidup aman.

“Kita mesti buktikan dengan tindakan. Program kebajikan rentas kaum, dialog peradaban dan ziarah ketika perayaan – semua ini akan mendekatkan kita (Pemuda PAS) dengan mereka.

“Tunjukkan pemimpin PAS terbuka, mesra dan prihatin. Kita bukan sekadar mahu undi mereka.

“Kita mahu kepercayaan mereka. Kita mahu mereka percaya bahawa masa depan Malaysia di bawah PAS adalah masa depan yang aman, makmur, adil untuk semua kaum,” katanya berucap di persidangan tahunan sayap PAS itu di Kota Sarang Semut, Alor Setar, hari ini.

Bukan kisah dongeng

PAS berdepan dengan krisis keyakinan melibatkan majoriti orang bukan Melayu dan bukan Islam ekoran pendekatan mereka yang mula dianggap berbeza sejak mengalami krisis dalaman pada 2015.

Pernah bergerak dengan slogan “PAS For All” suatu ketika dulu, PAS dianggap berubah apabila sering menekankan faktor ketuanan Melayu dalam langkah mereka.

Sebagai contoh, presiden parti Abdul Hadi Awang pada 2023 pernah memberi amaran kepada umat Islam bahawa Malaysia boleh dikuasai oleh bukan Islam jika orang Melayu mempunyai kesedaran politik yang rendah.

Kata Afnan Hamimi, untuk meyakinkan orang bukan Islam kepada PAS, “modal” yang boleh digunakan ialah rekod pentadbiran parti itu yang menjadi di , Terengganu, Kedah, Perlis yang didakwanya menjadi bukti bahawa Islam mampu memerintah.

Di negeri terbabit, katanya, rasuah dapat dikekang melalui pemimpin yang amanah, politik juga stabil apabila tiada perebutan kuasa, manakala kebajikan rakyat dijaga.

Kewangan negeri pula, katanya, diurus dengan cermat.

Semua yang disebutkan itu, katanya, bukan cerita dongeng sebaliknyua fakta.

“Berilah kepercayaan kepada PN dalam PRU akan datang. Itulah mesej yang nak kita sampaikan kepada mereka (orang bukan Melayu dan bukan Islam),” katanya.


Laporan oleh Hariz Mohd, B Nantha Kumar, dan Firdaus Hanafiah



Source link