Malaysia Oversight

Pemuda PAS lulus usul bantah kehadiran Trump ke Malaysia

By MkiniBM in September 12, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda PAS lulus usul bantah kehadiran Trump ke Malaysia


MUKTAMAR | Dewan Pemuda Malaysia (DPPM) hari ini sebulat suara menyokong usul membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald ke Malaysia.

Usul berkenaan dikemukakan Perwakilan Pemuda Kuala Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, Kedah, hari ini.

“Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu melontarkan cadangan agar DPPM mengadakan perhimpunan besar-besaran menolak kedatangan Donald ke Malaysia,” kata Abdul Rahman.

Para perwakilan sebulat suara menyokong usul tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata bantahan tersebut perlu untuk memberi amaran kepada bahawa bukan semua rakyat Malaysia menerima kehadirannya ke negara ini.

3c98bc97ceddae72c26f9235c7e01dec

“Kita dah bagi arahan. Jadi, untuk setiap negeri, setiap kawasan, mula memberi mesej itu (bantah kehadiran Trump). Sebab dia (Trump) kena dapat mesej.

“Dia tak boleh rasa semua orang terima dia. Dia kena tahu apa yang dia buat ni, melanggar perikemanusiaan. Jadi, mesej itu kita kena sampaikan dekat dia.

“Takkan nak bagi mesej itu pun tak boleh,” katanya.

Sebelum ini, Trump mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Ia susulan jemputan rasmi yang disampaikan kepada Trump menerusi Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika kunjungan hormatnya ke Pejabat Perdana Menteri pada 10 Julai lalu.

Bagaimanapun, pembangkang, NGO pro-Palestin tidak menyambut baik pengumuman tersebut dan menyenaraikan rekod dan dasar Trump yang dilihat membuktikan sikap “tidak peduli” terhadap nyawa rakyat Palestin serta “penglibatan langsung” dalam membolehkan keganasan terhadap Palestin.

Tolak PSB

Sementara itu, DPPM turut meluluskan usul menolak Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata DPPM akan menganjurkan perhimpunan pada 4 Oktober ini.

“Disebabkan mood yang paling baik daripada para perwakilan, kita adakan perhimpunan bantah URA pada 4 Okt.

“Sila bangun sekarang dan nyatakan sokongan,” katanya.

Para perwakilan kemudian bangun dan melaung ‘sokong’.

Sebelum ini, wakil rakyat pembangkang menentang RUU berkenaan.

Kesemua 68 Ahli Parlimen PN juga bersedia berdepan hukuman digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bagi menunjukkan keseriusan mereka menentang RUU tersebut.



Source link