Malaysia Oversight

Pemuda PAS cuma menakut-nakutkan rakyat isu PSB

By MkiniBM in May 3, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda PAS cuma menakut-nakutkan rakyat isu PSB


Pemuda Amanah hari ini mengecam Pemuda kerana dikatakan memilih naratif perkauman semasa membantah rancangan menggubal Rang Undang-undang Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid, berkata rancangan pihak pembangkang mahu mengadakan bantahan terhadap akta tersebut adalah cetek dan tidak bersandarkan fakta.

Bahkan, katanya, rancangan Pemuda itu sekdar mahu menimbulkan ketakutan serta kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Dia yang juga Batu Tiga mendakwa, Akta PSB itu tidak digubal secara tergesa-gesa malah rancangannya dikemukakan sejak 2012 dan bermula dengan pengumpulan maklum malas pihak yang berkepentingan.

Matlamat utama akta tersebut, katanya, ialah untuk menyediakan kerangka perundangan bagi membolehkan perancangan semula kawasan bandar dilakukan secara sistematik, adil dan inklusif.

Kata Danial cadangan itu sebenarnya sebahagian daripada usaha untuk membela nasib pemilik asal hartanah — termasuk tanah rizab Melayu — agar tidak disingkirkan secara paksa akibat tekanan pembangunan bandar.

“Perdana Menteri sendiri memberi jaminan bahawa status tanah tidak akan berubah, sekali gus menolak dakwaan liar kononnya Akta PSB akan membuka jalan kepada kehilangan tanah rizab Melayu atau milikan bumiputera.

“Realitinya, ribuan anak muda di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang semakin terhimpit dengan kos sara hidup dan kekurangan perumahan yang selamat, terurus dan mampu milik.

“Persoalannya ialah, apa penyelesaian yang dibawa oleh Pemuda ? Tidak ada.

“Mereka lebih cenderung memainkan sentimen perkauman dan ketakutan berbanding menawarkan idea segar dan penyelesaian konkrit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengah hari tadi Pemuda PAS mengumumkan rancangan mereka menganjurkan bantahan aman terhadap penggubalan Akta PSB pada 14 Jun ini.

Pemuda PAS juga mendakwa mereka akan menjadi barisan hadapan untuk membela nasib rakyat yang didakwanya semakin ditekan oleh dasar-dasar yang meminggirkan oleh .

Mereka turut mempersoalkan peruntukan Akta PSB yang menurunkan nilai ambang persetujuan yang perlu dipenuhi agar projek pembangunan semula dapat diteruskan.

Kata Danial, parti politik yang bergerak secara matang sentiasa menngutamakan langkah menyelesaikan masalah rakyat, bukannya mengeksploitasi isu untuk agenda sempit.

“Pemuda PAS mungkin terlalu selesa dengan idea perumahan versi SG4 mereka yang statik dan tiada perancangan jangka panjang,” katanya.



Source link