Malaysia Oversight

Pemuda PAS ajak Umno sertai himpunan bantah ‘RUU Nga’

By MkiniBM in September 22, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda PAS ajak Umno sertai himpunan bantah 'RUU Nga'


Pemuda akan menghantar jemputan rasmi kepada untuk mengajak parti terbabit menyertai mereka dalam himpunan membantah Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) pada 4 Okt ini.

Menganggap ia sebagai Himpunan Mega Tolak URA (nama bahasa Inggeris untuk PSB), Pemuda Pusat berkata, mereka akan jadi pemula kepada gerakan membatalkan RUU dikemukakan Kementerian Perumahan dan Tempatan berkenaan.

Timbalan Ketua Pemuda Pusat, Mohd Hafez Sabri, berkata himpunan tersebut akan diadakan di ibu kota.

“Himpunan ini adalah himpunan menggabungkan semua entiti rakyat dan Pemuda PAS sebagai pemula. Kami mahu bersama NGO-NGO lain dan kami ada jadual untuk bertemu semua pihak.

“Kepada , kami akan hantar jemputan rasmi untuk (mengajak mereka) bersama dalam himpunan tolak URA, kerana pemimpin dilihat selari dengan kami dalam isu ini dengan membantah RUU yang dibentangkan baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Mohd Hafez yang juga Manjoi berkata Pemuda PAS menyasarkan 50,000 peserta akan hadir ke himpunan tersebut.

RUU PSB dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Tempatan, Nga Kor Ming, pada 21 Ogos lalu.

Bagaimanapun ia berdepan dengan tentangan khususnya dalam kalangan pembangkang kerana didakwa mempunyai agenda tertentu.

Justeru bacaan kali kedua RUU tersebut – yang dijangka dibuat pada sidang Dewan Rakyat lalu – ditangguhkan.

Dakwa guna jentera

Kerajaan juga mengumumkan beberapa pindaan akan dibuat terhadap RUU tersebut.

Pada 18 Sept lalu Nga memberitahu pihaknya menjangkakakan RUU tersebut dibentangkan pada 6 Okt ini.

RUU bagi membentuk Akta PSB dibuat bagi membolehkan kerajaan menjalankan projek pembangunan semula di sesuatu kawasan yang sudah berusia puluhan tahun.

Antara aspek yang utama dalam RUU tersebut ialah jumlah ambang persetujuan yang diperlukan sebelum sesuatu projek pembaharuan semula bandar dapat dilaksanakan, serta pampasan yang diberikan kepada penduduk terlibat.

PAS mendakwa projek pembangunan semula itu akan menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir di kawasan bandar.

43bbc3b3ff4abb224edc76224ad96bc2
Nga Kor Ming

Pada 2 Sept lalu Umno mengumumkan salah seorang naib presiden parti itu, Johari Abdul Ghani, dilantik mengetuai pasukan khas bagi penambahbaikan RUU berkenaan.

Dapatan daripada kajian itu akan dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar yang dianjurkan oleh parti berkenaan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Nazrul Hakim Nazir, berkata tujuan utama himpunan yang mereka anjurkan itu adalah untuk menekan kerajaan agar membatalkan RUU tersebut.

Katanya, Pemuda PAS sangat kecewa apabila Nga memaklumkan RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 6 Okt ini.

Dia juga mendakwa menteri terbabit menggunakan jentera kerajaan untuk tidak menjelaskan secara terperinci RUU itu.

“Beliau menggunakan media rasmi KPKT, gunakan dana jentera kerajaan nak cerita apa naratif mereka nak bawa, tetapi isu berbangkit dengan pertindihan kuasa-kuasa negeri tak dijelaskan.

“Saya rasa ini bukan RUU URA (PSB), tapi ini RUU Nga,” katanya yang yakin penambahbaikan itu tidak akan menyelesaikan isu yang mereka bangkitkan.



Source link