Malaysia Oversight

Pemuda DAP S’gor, Melaka pula desak putus dengan Akmal

By MkiniBM in August 23, 2025 – Reading time 3 minute
Pemuda DAP S'gor, Melaka pula desak putus dengan Akmal


Semakin banyak sayap Pemuda DAP menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh — kali ini daripada dan Melaka.

Menuduh Akmal sebagai ejen PN, Pemuda DAP berkata Akmal tidak menunjukkan sebarang rasa kesal walaupun sudah didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam malah terus mengeluarkan kenyataan “mengelirukan” yang mencetuskan ketegangan awam.

“Pemuda DAP menggesa DAP dan kepimpinan Pemuda kebangsaan memutuskan hubungan politik dengan Akmal, yang jelas berfungsi sebagai ejen PN dalam perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayap itu menggambarkan percubaan berulang Akmal yang cuba menampilkan dirinya di media sosial sebagai “mangsa” perjuangan perkauman sebagai “sandiwara hipokrit”.

fe8116c249f69a96dd5dd5e28d221e83

“Sama ada isu Jalur Gemilang di Pulau Pinang atau Johor, pihak berkuasa sudah menyiasat. Tak timbul soal penguatkuasaan longgar seperti yang didakwa sesetengah pihak,” tambahnya.

Kumpulan itu menegaskan Akmal sebaliknya didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung video mengandungi kenyataan melampau, yang didakwa memberi tekanan kepada pihak pendakwa untuk memulakan tuduhan.

“Ini menunjukkan tindakannya serius dan melampaui batas undang-undang,” katanya.

Semalam, Akmal mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan yang berkemungkinan menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

cd00d1e2780018a80b075f1269cd064a

Menurut pertuduhan, Akmal didakwa mengeluarkan kenyataan melalui hantaran media sosial pada jam 3 petang, 11 Ogos lalu yang boleh menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nordin Ismail membentangkan kes itu di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tanpa gentar, Akmal berkata dia akan terus berjuang untuk mempertahankan “maruah” Jalur Gemilang.

Hipokrasi

Pemuda DAP Selangor selanjutnya menuduh Akmal bersikap hipokrit — menuntut hukuman keras terhadap orang lain tetapi menutup mata terhadap hakikat bahawa dirinya sendiri didakwa di mahkamah kerana mengganggu ketenteraman awam.

“Badan kehakiman, pendakwaan dan agensi penguatkuasaan mempunyai prosedur undang-undang dan bidang kuasa yang jelas.

“Tidak perlu Akmal mengelirukan masyarakat majmuk kita,” katanya.

Kumpulan itu juga menyorot sikap pilih bulu” Akmal yang berdiam diri ketika Terengganu mempamerkan Jalur Gemilang secara salah, mengetuai demonstrasi terhadap pemilik kedai yang sudahpun membetulkan kesilapan dan disiasat polis.

“Ini membuktikan anggota exco Melaka itu boneka PN,” dakwanya.

Pemuda DAP Selangor turut menolak percubaan sesetengah pihak yang mahu bertindak sebagai “orang tengah” dengan menyamakan kumpulan itu dengan Akmal.

3b163015cb77936b8a01da7d546e2072

“Sejak awal, isu ini timbul kerana Akmal sengaja membakar sentimen perkauman manakala Pemuda DAP secara konsisten menentang politik gaya samseng dari sudut pandang rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Fakta tidak boleh diputar belit atas nama ‘meredakan keadaan’ dengan menyamakan ugutan jenayah dengan sekadar perang kata-kata.”

Kumpulan itu menegaskan bahawa seruan untuk berdamai mesti mengiktiraf bahawa ini bukan pertelingkahan biasa, tetapi melibatkan seorang ketua pemuda dan anggota exco negeri yang memimpin demonstrasi, mencabar kedaulatan undang-undang, dan merosakkan hubungan antara kaum.

“Tindakan sebegini mesti berdepan akibat, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

86eaaf143f2455fe58e796071e45135b

“Kami akan terus menjunjung aspirasi masyarakat majmuk Malaysia dengan memutuskan hubungan politik dengan Akmal dan menentang sebarang tindakannya yang mengancam kestabilan serta keharmonian sosial,” katanya.

Semai kebencian

Sementara itu, Pemuda DAP Melaka berkata Akmal telah mengungkit kesilapan kecil untuk menyemai benih kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menyokong gesaan Perdana Menteri Ibrahim agar rakyat menghentikan budaya hasutan, Pemuda DAP Melaka berkata mana-mana ahli politik yang menabur kebencian dalam kalangan rakyat berbilang kaum tidak patut diberi ruang dalam wacana politik matang.

“Dan kami menegaskan tiada sebab untuk Pakatan Harapan mengekalkan hubungan dengan seseorang yang menggugat keharmonian negara.

“Oleh itu, kami menggesa DAP dan sayap Pemuda kebangsaan memutuskan semua hubungan politik dengan Akmal,” tambahnya.

Antara sayap Pemuda DAP lain yang sebelum ini turut menggesa parti memutuskan hubungan dengan Akmal termasuk dari Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.

[Baca berita asal]



Source link