Malaysia Oversight

Pemuda DAP selar ‘pakar panaskan isu’ 

By MkiniBM in August 5, 2025 – Reading time 1 minute
Pemuda DAP selar ‘pakar panaskan isu’ 


Pemuda DAP (Dapsy) menyelar “pakar memanaskan isu” dalam kontroversi melibatkan pemasangan bendera Malaysia.

Ketuanya Woo Kah Leong mendakwa golongan itu tidak pernah membuat desakan sama ketika timbul isu serupa melibatkan pihak seperti Kementerian Pendidikan dan Terengganu sebelum ini.

“Sebagai ahli politik, jangan hipokrit dan mempunyai piawaian yang berlainan dalam isu yang sama. 

“Berlagak sebagai jaguh kampung tidak akan memenangkan parti dan memperbanyak undi, sebaliknya hanya semakin menonjolkan kebebalan,” katanya tanpa menamakan sesiapa secara khusus.

1b6feae38d4a2978601db5b9e44fadad
SJKC Chung Hua Port Dickson

Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik Jumaat lalu.

Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, mereka menyifatkan insiden itu sebagai kecuaian yang tidak disengajakan.

Terdapat laporan media menyebut bendera itu dipasang oleh seorang pekerja berstatus orang kurang upaya (OKU) intelektual.

Dalam kenyataan hari ini, dia menegaskan bahawa tiada pihak mempersoal Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan Malaysia.

Dalam kes terbaru, katanya, sekolah itu sudah pun memohon maaf secara terbuka seperti pihak lain dilanda kontroversi sama sebelum ini.

“Mempolitikkan isu bendera terbalik tidak akan membawa Malaysia ke hadapan.

“Sama-sama pastikanlah yang membuat kesilapan menerima teguran dan tidak mengulangi kesilapan yang sama demi membina jambatan perpaduan, bukannya jerit sini sana,” katanya.



Source link