Malaysia Oversight

Pemuda DAP P Pinang, N Sembilan gesa Ketua Pemuda PAS Perak disiasat

By MkiniBM in September 1, 2025 – Reading time 3 minute
Pemuda DAP P Pinang, N Sembilan gesa Ketua Pemuda PAS Perak disiasat


Pemuda DAP (Dapsy) Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menggesa pihak berkuasa menyiasat Ketua Pemuda Perak, Hafez Sabri, berhubung kenyataannya yang menuduh seorang wanita berbangsa Cina telah menerjah Sultan Perak, Sultan Nazri Shah ketika majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri semalam.

Dalam dua kenyataan berasingan hari ini, kedua-dua sayap negeri DAP itu memaklumkan mereka telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Hafez.

“Kami mengecam dengan sekeras-kerasnya tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab oleh Manjoi, Hafez Sabri, yang menyebarkan fitnah berunsur perkauman dalam insiden cubaan seorang wanita menghampiri Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Ipoh.

“Tanpa sebarang semakan fakta, Hafez Sabri tergamak menuduh bahawa wanita berkenaan merupakan “berbangsa Cina”, sedangkan laporan rasmi pihak polis menyatakan dengan jelas bahawa individu tersebut adalah warganegara Melayu yang mengalami masalah kesihatan mental serta mempunyai rekod rawatan psikiatri.

“Ini bukan sekadar kesilapan — ini adalah satu bentuk politik jijik yang sengaja direka untuk meniup api kebencian kaum. Politik Perkauman adalah Pengkhianatan Kepada Negara,” kata Pemuda DAP Pulau Pinang.

Mereka menggesa Hafez disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) – kerana menggunakan kemudahan rangkaian untuk menyebarkan kandungan palsu atau jelik yang berunsur perkauman dan berpotensi menggugat ketenteraman awam.

b800c65020ae07042933d4d5a458e6e9

Selain itu mereka juga meminta pemimpin itu disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan, kegentaran awam, atau menggugat keamanan antara kaum di negara ini.

Mereka juga menuntut Hafez memohon maaf secara terbuka serta menyatakan pendirian rasmi mereka dalam isu itu.

“Sebagai seorang wakil rakyat dan graduan Pengajian , Hafez Sabri sepatutnya menunjukkan akhlak, ilmu, dan tanggungjawab moral, bukannya menjadi pencetus fitnah yang memecah-belahkan masyarakat,” tegas mereka.

‘Kenyataan Hafez bermotif politik’

Sementara itu, Pemuda DAP Negeri Sembilan menyifatkan tindakan Hafez bermotifkan politik dan bertujuan memecah-belahkan perpaduan kaum.

7155403dbdd3f15d9164911317c6c24c

“Tindakan sebegini mencerminkan kelemahan pihak pembangkang yang dilihat gagal menunjukkan pencapaian bermakna, sehingga terpaksa menggunakan taktik murahan untuk meraih sokongan.

“DAPSY mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab tersebut. Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Hafez Sabri sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan serta memainkan peranan untuk menyatupadukan rakyat, bukannya menanam kebencian,” katanya.

Apa yang lebih mendukacitakan, kata mereka ialah tuduhan palsu itu telah tular dan dipercayai oleh sebahagian masyarakat, sehingga mencetuskan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman di media sosial.

“Perkara ini amat dikesali, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku ketika sambutan Hari Kebangsaan, iaitu detik di mana seluruh rakyat sepatutnya meraikan semangat perpaduan dan keharmonian.

“Kami berpendapat kenyataan tersebut merupakan suatu kesalahan di sisi undang-undang, khususnya di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan , serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Semalam, Hafez Sabri antara yang menyebarkan maklumat tidak benar mengenai identiti suspek melalui hantaran Facebook, yang kemudiannya mengundang kecaman Pemuda DAP dan Pemuda Amanah. Hantaran itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, menafikan dakwaan bahawa suspek berbangsa Cina, dan mengesahkan bahawa individu itu adalah seorang wanita Melayu tempatan.

Dia juga memaklumkan wanita itu kini disiasat di bawah Seksyen 325 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Polis Perak semalam turut menjelaskan bahawa suspek mempunyai sejarah rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.



Source link