Malaysia Oversight

Pemuda DAP mahu k’jaan jelaskan pada rakyat

By MkiniBM in July 9, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Pemuda DAP hari ini menggesa tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi pelantikan kehakiman di Malaysia, sambil memberi amaran bahawa isu tersebut kini menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap .

Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP berkata negara telah menghadapi cabaran besar dalam usaha memulihkan kebebasan badan kehakiman, dan kemajuan yang telah dicapai tidak wajar terjejas ekoran kelemahan dalam aspek ketelusan.

“Bagi mengelakkan kepercayaan terus terhakis, perlu menjawab persoalan mengenai pelantikan kehakiman berasaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Kontroversi pelantikan kehakiman telah mencetuskan kebimbangan meluas dalam kalangan warga perundangan dan masyarakat sivil. Petikan daripada ‘Walk for Justice’ pada 2007 masih relevan hari ini: ‘Apabila peguam turun ke jalan, sesuatu yang amat tidak kena sedang berlaku’,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majlis Peguam Malaysia mengumumkan satu perarakan akan diadakan pada 14 Julai ini dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri, bagi menyerahkan memorandum menuntut tindakan segera bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman.

Memorandum itu mengandungi empat tuntutan: pelantikan segera bagi mengisi kekosongan jawatan tertinggi kehakiman, pendedahan minit mesyuarat terkini Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC), penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), dan penyelesaian isu kekosongan kehakiman secara menyeluruh.

Langkah di tengah kebimbangan awam yang kian meningkat berhubung dakwaan campur tangan dalam pelantikan kehakiman serta kekosongan jawatan yang masih belum diisi susulan persaraan beberapa hakim kanan baru-baru ini.

Pemuda DAP menegaskan persoalan pokok adalah sama ada calon-calon yang disyorkan oleh JAC untuk jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah diterima atau sebaliknya.

Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Perlembagaan juga menetapkan bahawa pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim Malaya, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, serta hakim Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira pandangan Ketua Hakim Negara.

Begitu juga dengan pelantikan hakim Mahkamah Rayuan yang memerlukan pandangan daripada Presiden Mahkamah Rayuan.

“Walaupun proses pelantikan kehakiman adalah menyeluruh dan melibatkan pelbagai peringkat, kekaburan mengenai lanjutan tempoh jawatan hakim-hakim tertinggi terdahulu serta pelantikan baru telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

“Tanpa penjelasan yang tepat pada masanya, telus dan bertanggungjawab daripada pihak kerajaan, keresahan ini hanya akan kian memburuk.

“Justeru, Pemuda DAP menyeru kerajaan supaya menjelaskan isu ini kepada rakyat melalui mekanisme institusi yang sewajarnya, dan mengambil langkah bermakna untuk mengembalikan ketelusan serta keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi negara,” katanya lagi.



Source link