Malaysia Oversight

Pemuda DAP gesa Mohamad tak pertahan ‘nila setitik’

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 2 minute
Pemuda DAP gesa Mohamad tak pertahan 'nila setitik'


Selepas diminta agara “lebih rasional”, Pemuda DAP menggesa Timbalan Presiden Mohamad Hasan untuk memberikan nasihat itu kepada Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh.

Bertegas bahawa Akmal telah berulang kali mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan politik, Majlis Eksekutif Pemuda DAP menggesa Mohamad untuk mengakui realiti ini dan tidak terus mempertahankan “nila setitik”.

“Selama ini, pihak yang tidak rasional dan tidak berfikiran waras hanyalah Akmal seorang.

“Jika Tok Mat (Mohamad) benar-benar mahu memberi nasihat, beliau harus bermula dengan ‘Ketua Pemuda terpaling PN tersebut’ terlebih dahulu.

“Tegurlah dia agar bertenang dan berhenti merosakkan pentadbiran Madani, dan yang paling penting sekali adalah kena menghayati frasa ‘sekiranya tiada benda baik nak cakap, lebih elok diam’,” kata Pemuda DAP dalam satu kenyataan yang tegas hari ini.

Ia menambah bahawa walaupun kerjasama antara dan DAP dalam perpaduan berjalan lancar dan berkesan, Akmal “mencetuskan masalah” dan memalukan partinya sendiri.

“Seperti mana Tok Mat sendiri pernah kata, jangan mengeruhkan usaha kita mengurus negara bersama, maka langkah pertama adalah memastikan ketua pemuda sendiri yang terpaling PN tersebut untuk mendiamkan diri,” tambahnya.

Ia juga mendakwa berdasarkan “rekod ” Akmal bertindak seperti “samseng politik” yang sepatutnya tidak mendapat tempat dalam pemimpin pemuda parti .

“Beliau (Akmal) pernah menghina pengkritik sebagai OKU, menyerang (Ahli Parlimen Seputeh) Teresa Kok dengan gelaran ‘nyonya tua’, serta menghasut untuk mengambil tindakan ganas dalam isu KK Mart.

“Semua ini jelas menunjukkan kewujudan politik samseng yang tidak sepatutnya ada pada seorang ketua pemuda parti pemerintah.

“Samseng patut menghentikan tindakannya yang membahayakan masyarakat berbilang kaum, bukannya menyuruh pihak yang mendedahkan perihal samseng untuk berhenti daripada berbuat demikian,” tegasnya.

Awal hari ini, Mohamad menggesa DAP menasihatkan sayap pemudanya supaya “lebh rasional” dan mengelakkan tindakan terburu-buru yang boleh merumitkan kerja kerajaan perpaduan, berikutan gesaan Pemuda DAP di beberapa negeri untuk menamatkan kerjasama politik parti itu dengan Akmal.

Mohamad juga dilaporkan menegaskan bahawa perhimpunan Akmal baru-baru ini di Kepala Batas, Pulau Pinang berhubung kesilapan seorang peniaga memasang Jalur Gemilang adalah “misi aman,” menyorot bahawa tiada perkara yang tidak diingini berlaku meski selepas Akmal “diprovokasi”.

Pemuda DAP bagaimanapun, menekankan bahawa insiden bendera terbalik telah disiasat oleh polis dan keputusan lanjut mengenai kemungkinan pendakwaan akan dibuat oleh pihak berkuasa yang sepatutnya – bukan oleh “ahli politik yang berlagak polis moral”.

“Pemuda DAP ingin mengingatkan bahawa zaman politik diktator yang berkuasa penuh sudah berakhir. Urusan undang-undang wajib diserahkan kepada pihak atau agensi berkenaan, bukannya dijadikan alat oleh mana-mana ahli politik kerajaan untuk kepentingan diri,” katanya lagi.

Perhimpunan Akmal membantah pemilik kedai perkakasan pada hari Jumaat berlaku selepas ahli perniagaan itu dirakam dalam video menggantung bendera negara secara terbalik.

Selepas kejadian itu tular di media sosial, pemilik kedai Pang Chin Tian mendakwa dia sedang mengukur panjang sebatang tiang besi sambil menggantung bendera Malaysia dan tidak menyedari ia terbalik.

Pang telah disiasat dan ditahan oleh polis, manakala Akmal juga disiasat berhubung perhimpunan itu.



Source link