Malaysia Oversight

Pemimpin Umno letak jawatan dalam Yayasan Wilayah Persekutuan

By MkiniBM in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Pemimpin Umno letak jawatan dalam Yayasan Wilayah Persekutuan


Seorang pemimpin akar umbi Wilayah Persekutuan meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan.

Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, ketua bahagian Batu, berbuat demikian susulan keputusan bahagian itu memutuskan hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH).

“Janji dikota. 

“Tiada lagi hubungan politik antara komponen PH dengan Batu di peringkat parlimen Batu dan Wilayah Persekutuan,” katanya di media sosial hari ini.

Surat peletakan jawatan yang dihantar kepada pengerusi yayasan itu Zaliha Musafa, yang juga menteri Wilayah Persekutuan,  bertarikh hari ini turut dikongsi.

Terdahulu dia berkata peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa serta-merta.

fb667c1722f54958d9c84d25fafbee9c
P Prabakaran

Sementara itu, Free Malaysia Today melaporkan bahawa Gulam Muszaffar berkata Umno Batu memutuskan hubungan dengan PH kerana tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Katanya, PH tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon, yang akhirnya diperoleh .

Dia juga berkata anggota Parlimen Batu P Prabakaran daripada tidak pernah memberikan peruntukan kepada Umno untuk membuat kerja-kerja di parlimen Batu.



Source link