Malaysia Oversight

Pemimpin Umno KL cadang Fahmi dilantik jadi menteri wilayah

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 2 minute
Pemimpin Umno KL cadang Fahmi dilantik jadi menteri wilayah


Ketua Batu Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mencadangkan agar Anggota Parlimen Lembah Pantai Fadzil dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam rombakan kabinet yang dijangka dibuat hujung tahun ini.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Gulam menjelaskan masalah yang membelenggu wilayah persekutuan berpunca daripada pelantikan pemimpin yang bukan anak tempatan untuk mengetuai kementerian tersebut.

masalah kita di wilayah persekutuan bila dapat pemimpin yang bukan dari wilayah persekutuan sendiri. Setiausaha politik dari dari Kedah, menteri pula dari Johor.

“Saya ingin cadangkan Fadzil menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, atau naikkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Bidin sebagai senator yang juga merupakan anak jati wilayah persekutan apabila rombakan kabinet berlaku pada hujung tahun ini,” katanya.

a4ffa2263a6ef239fea449197e57514e
Fadzil

Fahmi pada masa ini merupakan Menteri Komunikasi.

Cadangan itu susulan kenyataan daripada Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustaffa, iaitu Nur Azrin Surip sebelum ini, yang menegaskan pelantikan dalam Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan turut merangkumi wakil .

Azrin turut menekankan kebajikan rakyat perlu diutamakan berbanding kepentingan individu atau parti, sebagai respons kepada dakwaan awal Gulam bahawa ahli sering diketepikan di wilayah persekutuan.

buat lebih berbanding PH’

Mengulas kenyataan Azrin, Gulam mendakwa dia sudah lama menjadi pengerusi persatuan penduduk di flat PKNS Jalan Kuching.

“Malah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan, Umno Batu jauh lebih baik daripada anggota Parlimen PH atau mana-mana pemimpin di wilayah persekutuan.

Malah ahli MPP Batu yang sedia ada penuh dengan masalah, dan ada aduan kerana mereka tidak menyantuni langsung masyarakat setempat,” dakwanya lagi.

f9d0a06d6f1ef7af510c52a17177ff77
Dr Zaliha Mustaffa

Katanya lagi, dalam pemilihan cabang Batu sebelum ini, Umno Batu menjadi “sahabat politik” dengan membenarkan penggunaan dewan dan kemudahan mereka secara percuma.

Dia turut berkata beberapa pemimpin Batu termasuk Asheeq Ali Sethi Alivi dan pasukannya juga dijemput ke mesyuarat agung cawangan Umno Batu.

“Ini cara Umno Batu berkawan, ikhlas dan jujur. Insya-Allah Umno Batu masih lagi boleh berdikari tanpa kerjasama daripada menteri, dan selama ini pun sepanjang dua tahun kami bergerak sendiri,” katanya lagi.

Minggu lalu, Gulam meletakkan jawatan sebagai pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan selepas bahagiannya memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PH.

Katanya, keputusan Umno Batu itu ekoran rasa tidak puas hati terhadap pembahagian sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Katanya, PH tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon, yang akhirnya diperoleh PKR.

Dia juga mendakwa Anggota Parlimen Batu daripada PKR, P Prabakaran tidak pernah menyalurkan peruntukan kepada Umno untuk kerja di kawasan.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Umno Seputeh Nurul Hazwani Haslan turut membangkitkan dakwaan yang bahagiannya juga diketepikan daripada MPP.

Hazwani mendakwa Jabatan Wilayah Persekutuan mungkir janji untuk melantik wakil parti bagi penggal 2025-2028.



Source link