Malaysia Oversight

‘Pemimpin tak boleh panik’ – Anwar ulas tindakan Ewon letak jawatan

By MkiniBM in November 10, 2025 – Reading time 1 minute
'Pemimpin tak boleh panik' - Anwar ulas tindakan Ewon letak jawatan


Perdana Menteri Ibrahim berpendapat Presiden Upko, Ewon Benedick membuat keputusan terlalu awal untuk meletak jawatan daripada kabinet.

berkata masih belum membuat keputusan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah dan Ewon sepatutnya meneliti perkara itu terlebih dahulu.

“Sebagai pemimpin, kita tak boleh panik. Kita kena dengar dan kita tahu keresahan Sabah. Tapi kita tahu juga perlembagaan dan prosesnya mesti dilalui

“Jadi saya fikir terlalu awal untuk beliau buat keputusan. Tapi saya mungkin fahamlah dia rasa terdesak kerana ini yang mereka suarakan,” kata kepada pemberita di Tawau hari ini.

7ac0dcfe78395f57732d9a30b31a657a

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada Ewon bertindak terburu-buru ketika membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Pejabat Perdana Menteri berkongsi rakaman perbualan itu.

Anwar berkata kabinet akan memutuskan esok sama ada untuk meneruskan rayuan atau tidak, selepas mendengar hujah daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Perdana Menteri berkata dia secara peribadi cenderung untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ewon ketika mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan pada Sabtu, menyatakan keraguannya bahawa AGC akan menasihati untuk tidak merayu.

Tidak jelas bagaimana keputusan Ewon meletak jawatan sebagai menteri akan menjejaskan PH di Sabah, memandangkan dia merupakan pengerusi negeri.

Majlis Tertinggi Upko akan mengadakan mesyuarat hari ini, dengan Ewon membayangkan parti itu akan bekerjasama dengan parti yang mendahulukan Sabah.

Tidak jelas sama ada ini langkah itu menunjukkan Upko akan meninggalkan PH atau kekal bersama gabungan itu.



Source link