Malaysia Oversight

Pemimpin PKR turut bidas MP DAP rai keputusan kes Najib

By MkiniBM in December 23, 2025 – Reading time 2 minute
Pemimpin PKR turut bidas MP DAP rai keputusan kes Najib


Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin bahawa keputusan mahkamah menolak permohonan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak sebagai wajar diraikan, turut mengundang kritikan dari dalam .

Pengarah Pilihan Raya Dr Sathia Prakash Nadarajan menyifatkan kenyataan sseumpama itu hanya memburukkan perpecahan.

“Keputusan mahkamah tidak seharusnya dipolitikkan atau dijadikan bahan untuk sambutan kejayaan sesetengah pihak.

“Meraikan keputusan mahkamah secara terbuka, terutamanya oleh DAP, hanya mencetuskan perpecahan yang lebih dalam dan menonjolkan imej negatif politik.

“Sebarang tindakan yang mengikut nafsu politik peribadi akan menghakis semangat tanggungjawab bersama dalam ,” katanya.

Ketua Ampang yang juga Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Altimet, pula menyifatkan kenyataan Yeo sebagai “tidak beradab dan tidak wajar.”

b3592be0fa9c385c78eb56a2efc6c256
Altimet

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Yeo yang juga anggota Parlimen Puchong menerusi hantaran di media sosial menyifatkannya sebagai “satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini”.

Kenyataan itu mengundang kecaman barisan pemimpin , antaranya Ketua Pemuda, Dr Akmal Saleh yang menggesa agar parti itu keluar daripada kerajaan.

Setiausaha agung Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata mungkin sudah tiba masanya menilai semula hubungannya dengan sekutu dalam .

Zambry Abd Kadir yang juga setiausaha agung BN menyifatkan kenyataannya sebagai tidak sesuai manakala Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali berkata ia berunsur biadab.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut memuat naik peringatan ringkas satu baris di media sosial dengan latar belakang berwarna merah.

“Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak,” tegasnya walaupun tidak menyebut sebarang nama secara khusus.

‘Cerminkan sifat dendam kesumat’

Sementara itu, MCA berkata kenyataan Yeo itu merupakan “contoh kebiadaban pemimpin DAP yang tiada perasaan.”

Setiausaha agungnya, Chong Sin Woon mengingatkan yang perbezaan politik dan tanggapan terhadap seseorang tidak seharusnya menjadi sebab kesukarannya diraikan.

84c356ac8f46c0cc6392f33d8080943c
Chong Sin Woon

“Usahlah bergembira dan berpesta di atas linangan air mata insan lain. 

“Tindakan biadab Yeo ini mencerminkan sifat manusia yang penuh dengan dendam kesumat, dan lebih teruk, dia dilihat cuba menghasut orang lain untuk turut menjadi sepertinya apabila memuat naik hantaran di media sosial,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan titah adendum diraja Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung tahanan rumah Najib tidak sah di sisi undang-undang.

“Dalam keadaan ini, berdasarkan alasan yang telah saya kemukakan, titah adendum tersebut bukanlah satu perintah yang sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.

“Saya berpendapat bahawa perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian,” kata hakim Alice Loke.



Source link