Malaysia Oversight

Pemimpin PKR kecam ‘penjilat’ cuba tutup kritikan dari dalam parti

By MkiniBM in July 9, 2025 – Reading time 2 minute
Pemimpin PKR kecam 'penjilat' cuba tutup kritikan dari dalam parti


Seorang ketua cabang hari ini mengecam pemimpin parti itu yang mengkritik ahli parti sendiri kerana mengkritik .

Ketua Tuaran, Razeef Rakimin menyifatkan mereka yang tidak bersetuju dengan kritikan dari dalam parti sebagai “penjilat”.

Dia berkata sembilan ahli Parlimen yang menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan berhubung institusi kehakiman bertindak sebagai mekanisme semak dan imbang, memandangkan pembangkang kini “tidak berfungsi”.

“Teguran dari ahli Parlimen dalam sepatutnya disambut dengan terbuka dan penjelasan perlu diberi terhadap isu-isu yang dibangkitkan. 

“Saya tidak melihat teguran ini akan mengganggu-gugat , sebaliknya menjadikan kerajaan lebih peka terhadap pandangan dan kemahuan rakyat.

“Saya ingin menegur beberapa pemimpin untuk menilai teguran dan kritikan sesiapa sahaja pimpinan dalam kerajaan sebelum ‘menyalak’. Ia hanya akan memperlihatkan seolah kerajaan hari ini sebuah kerajaan yang ramai pemimpin ‘bangsat’ dan ‘penjilat’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, tindakan menolak kritikan boleh menyebabkan kerajaan dilihat angkuh dan tersasar daripada prinsip asal perjuangannya.

Kebebasan bersuara

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan Naib Presiden PKR, R Ramanan menasihati pemimpin parti itu agar tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dalam parti dengan menyebarkan fitnah dan tuduhan.

Bekas setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula memberi jaminan bahawa tindakan ahli parlimen PKR yang bersuara mengenai kebimbangan terhadap campur tangan kehakiman tidak menjejaskan parti mahupun kerajaan.

Katanya, PKR sebelum ini pernah menerima kritikan yang jauh lebih keras berbanding kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan lapan ahli parlimen penyokong kerajaan yang lain.

Semalam, Rafizi mengetuai lapan lagi ahli Parlimen PKR dalam sidang media menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan terbaru berkaitan fungsi Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC).

Mereka menyuarakan kebimbangan bahawa satu lagi skandal kehakiman akan tercetus, susulan dakwaan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap senarai calon yang dikemukakan oleh JAC sebelum Tengku Maimun Tuan Mat bersara sebagai Ketua Hakim Negara.

Mereka turut bimbang terhadap dakwaan bahawa JAC telah dipanggil untuk mesyuarat tergempar secara mengejut, tanpa notis 10 hari seperti yang ditetapkan, bagi mencadangkan calon baru untuk mengisi jawatan yang kosong.

Satu lagi isu yang dibangkitkan berkaitan dakwaan bahawa JAC sebelum ini pernah menyoal seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas dakwaan campur tangan kehakiman.

Gesaan penubuhan RCI itu turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Pemimpin pembangkang juga menggesa agar Perdana Menteri Ibrahim mengambil cuti sementara sepanjang tempoh siasatan RCI dijalankan.



Source link