Malaysia Oversight

Pembayaran Saman PDRM Kini Wajib Menggunakan MyDigital ID

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 1 minute
Pembayaran Saman PDRM Kini Wajib Menggunakan MyDigital ID


Pembayaran Saman PDRM Kini Wajib Menggunakan MyDigital ID

October 1, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Mulai hari ini, semua warganegara Malaysia hanya boleh log masuk ke aplikasi dan laman web MyBayar PDRM menggunakan MyDigital ID. Langkah ini menandakan peralihan penuh kepada sistem identiti digital negara yang lebih selamat, mudah dan efisien untuk akses perkhidmatan secara dalam talian.

Bayar Saman Kini Perlu Menggunakan MyDigital ID Sahaja 1

Warganegara Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ID dan kata laluan lama untuk mengakses MyBayar PDRM. Sebaliknya, mereka wajib menggunakan MyDigital ID sebagai log masuk tunggal. Bagi mereka yang bukan warganegara dan syarikat, kaedah log masuk sedia ada masih dikekalkan buat masa ini.

Dengan perubahan ini, pengguna dijangka boleh menikmati pengalaman digital yang lebih lancar dan selamat. Warganegara Malaysia digalakkan memuat turun aplikasi MyDigital ID segera bagi memastikan akses ke MyBayar PDRM tidak terganggu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link