PARLIMEN | Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas gagal menghalang Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan bacaan kedua melalui undian belah bahagi.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata rang undang-undang itu diluluskan dengan 125 undi bersetuju dan 63 undi menentang.
Tindakan itu menyusul selepas perbahasan hangat daripada wakil rakyat Perikatan Nasional yang menyatakan ketidakpuasan hati kerana rang undang-undang berkenaan tidak dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kewangan dan Ekonomi.
[Berita penuh menyusul]