Malaysia Oversight

Pembangkang kecam k’jaan Melaka lepas SAMB mohon semak tarif air

By MkiniBM in July 16, 2025 – Reading time 2 minute
Pembangkang kecam k'jaan Melaka lepas SAMB mohon semak tarif air


Ketua pembangkang Melaka Dr Yadzil Yaakub hari ini membidas negeri apabila syarikat konsesi air negeri itu memohon satu lagi semakan tarif.

Sekiranya permohonan itu diluluskan oleh pengawal selia air persekutuan, katanya, ia adalah tahun kedua berturut-turut Melaka melihat perubahan dalam tarif air mereka.

“Tahun 2024 tarif air dah ada kenaikan. Tahun ni ada lagi cadangan semakan tarif air. Yang pasti tarif akan naik tak pernah turun,” kata Bemban itu dalam catatan Facebook.

Dia melampirkan kenyataan media Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bertarikh 13 Julai, dengan syarikat itu mengesahkan mereka sedang mendapatkan kebenaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk menyemak semula caj air di Melaka.

Menurut laporan berita, syarikat air negeri itu telah melaraskan tarif mereka pada Feb tahun lepas, yang menyaksikan kenaikan harga purata RM0.16 (16 sen) bagi setiap meter padu bagi kategori domestik.

Yadzil, yang juga pemimpin Bersatu, mendakwa tindakan itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh yang berbangga dengan kemakmuran ekonomi negeri itu.

Dia berkata permohonan SAMB juga tidak menggambarkan dakwaan Rauf bahawa syarikat itu mencatatkan keuntungan berjuta-juta ringgit pada 2023 dan 2024.

“Ketua Menteri kata untung SAMB meningkat tahun 2024. Dari RM266 juta pada tahun 2023 kepada RM309 juta.

“Tahun 2023 SAMB untung RM2.62 juta. Umum bonus RM3.07 juta untuk kakitangan dan RM0.74 juta pula untuk Lembaga Lembaga Pengarah yang pengerusinya adalah ketua menteri.

“Setakat Disember 2023 hutang SAMB dengan negeri berjumlah RM61.08 juta. Itu pun mampu bayar RM3 juta pada tahun 2023. Lebih rendah dari yang ditetapkan.

“Untung berjuta-juta. Hutang tak mampu bayar. Tapi mampu beri bonus — bonus lebih besar dari untung tahunan,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat ketua menteri untuk mendapatkan ulasan.



Source link