Pelawat Ke Amerika Diwajibkan Berkongsi Sejarah Penggunaan Media Sosial Selama 5 Tahun
Effi Saharudin
Selamat datang ke China Amerika Syarikat dimana anda perlu mendedahkan sejarah penggunaan laman media sosial sehingga lima tahun sebelum dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam negara. Menurut arahan terkini pentadbiran Trump, pelawat daripada 42 negara akan diwajibkan berkongsi akaun-akaun media sosial peribadi bersama dengan sejarah penggunaan.

Ini dalam 40 negara yang boleh memasuki Amerika Syarikat tanpa visa seperti UK, Singapura, Brunei, Jerman dan Korea Selatan. Mereka yang melepasi proses saringan akan dibenarkan tinggal di Amerika selama 3 bulan. Selain sejarah penggunaan media sosial, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan akan turut mengumpul e-mel, nombor telefon yang digunakan dalam tempoh lima tahun yang lalu, serta alamat dan nama ahli keluarga.
Bagi warga Malaysia arahan baharu ini tidak akan mendatangkan impak kerana perkongsian semua media sosial telahpun diwajibkan untuk memohon visa perjalanan sejak 2019. Tahun ini semua pemohon individu untuk visa F, M atau J bukan migran perlu melakukan perubahan tetapan untuk akaun media sosial kepada paparan awam supaya boleh diperiksa kandungannya.






