Malaysia Oversight

Pelapor khas PBB kecam wartawan terus diam pembunuhan rakan di Gaza

By MkiniBM in August 26, 2025 – Reading time 1 minute
Pelapor khas PBB kecam wartawan terus diam pembunuhan rakan di Gaza


Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wilayah Palestin yang diduduki mengecam wartawan yang memilih untuk berdiam diri berhubung pembunuhan beramai-ramai rakan sekerja mereka di Gaza dalam serangan udara Israel pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Sungguh memalukan wartawan yang tidak bersuara menentang pembunuhan beramai-ramai rakan Palestin mereka yang berani ketika mendokumentasikan genosid,” tulis Francesca Albanese di platform X.

1bb83359d9cec4e550a57d13045e95c6

Dengan menyiarkan semula gambar sebuah kamera yang ditemukan dari lokasi serangan itu – yang dirujuk dalam hantaran asal sebagai “Senjata Paling Ditakuti Israel” – beliau berkata ia suatu hari nanti patut dipamerkan di “Memorial Genosid” untuk memperingati “mangsa genosid Israel di Gaza yang tidak terhitung jumlahnya.”

Sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin, termasuk enam wartawan, terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Isnin, menurut pasukan perubatan.

Kementerian Kesihatan berkata seramai 20 orang terbunuh, termasuk lima wartawan dan seorang anggota bomba, dalam serangan Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Gaza.

– Bernama



Source link