Pelancaran Siri Samsung Galaxy S26 Mungkin Ditangguh Ke Mac
Effi Saharudin
Media Korea The Elec pada hujung minggu lalu melaporkan pelancaran siri Samsung Galaxy S26 mungkin akan ditangguhkan ke bukan Mac 2026 berbanding secara tradisinya pada penghujung Januari. Penangguhan dilakukan selepas Samsung dikatakan membatalkan pelancaran Galaxy S26 Edge disebabkan kurangnya sambutan ke atas Galaxy S25 Edge sebelum ini.
Di saat akhir Samsung Galaxy S26+ perlu dibangunkan sebagai peranti pengganti dengan ia mengambil masa tambahan beberapa bulan. Sebelum ini Samsung dipercayai akan memasarkan Galaxy S26 Ultra, Galaxy S26 Pro dan Galaxy S26 Edge. Ia kini dipercayai akan digantikan dengan Galaxy S26 Ultra, Galaxy S26 dan Galaxy S26+.

Walaupun Galaxy S25 Edge ialah peranti yang premium nipis yang ringan, sambutan jualan adalah lebih rendah daripada sasaran Samsung. Bateri yang kecil dan hanya dwi-kamera menyebabkan ia kurang menarik di mata orang ramai berbanding versi lain.
Ini ialah isu yang turut dihadapi Apple selepas iPhone Air dilancarkan. Sudah muncul laporan iPhone Air tidak mempunyai permintaan tinggi dengan jualan yang rendah. Penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo mengatakan pengeluaran iPhone Air telahpun dikurangkan sehingga 80% seperti di penghujung hayat kerana jualan rendah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






