Malaysia Oversight

Pelancaran NVIDIA GeForce RTX 5000 Super Mungkin Ditunda Ke Pertengahan 2026

By Amanz in November 11, 2025 – Reading time 1 minute
Pelancaran NVIDIA GeForce RTX 5000 Super Mungkin Ditunda Ke Pertengahan 2026


Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa NVIDIA akan memperkenalkan siri kad grafik “segar semula” GeForce RTX 5000 Super mereka pada awal tahun hadapan, memperlihatkan spesifikasi dari segi jumlah teras dan memori yang lebih tinggi untuk beberapa model seperti NVIDIA GeForce RTX 5080 Super dan GeForce RTX 5070 Ti Super.

Terkini, nampaknya pelancaran untuk siri kad grafik tersebut dijangka akan ditunda sehingga pertengahan tahun hadapan. Ini adalah kerana ia dilaporkan bahawa syarikat-syarikat pembuat kad grafik masih belum menerima spesifikasi akhir untuk siri kad grafik tersebut untuk mereka membuat persediaan memperlihatkannya pada awal tahun hadapan.

NVIDIA Super

Pada awalnya, terdapat laporan yang mengatakan bahawa NVIDIA akan membatalkan pelancaran siri kad grafik tersebut kerana kekurangan cip memori DRAM yang diperlukan, dan sebaliknya dijangka memfokuskan kepada pembangunan kad grafik kecerdasan buatan yang baru.

NVIDIA nampaknya telah menyangkal dakwaan tersebut dengan mengesahkan bahawa siri kad grafik tersebut masih lagi akan dilancarkan pada tahun depan, tetapi dengan butiran mengenai cip grafik tersebut belum lagi diketahui, ia tidak boleh diketahui secara pasti samada siri kad grafik tersebut benar-benar akan dibatalkan, atau hanya ditunda.

Benchlife



Source link