Malaysia Oversight

Pelan Pascabayar Maxis Kini Lebih Memudahkan Anda Memiliki Peranti Baharu Dengan Perlindungan Menyeluruh

By Amanz in September 12, 2025 – Reading time 4 minute
Pelan Pascabayar Maxis Kini Lebih Memudahkan Anda Memiliki Peranti Baharu Dengan Perlindungan Menyeluruh


Pelan Pascabayar Maxis Kini Lebih Memudahkan Anda Memiliki Peranti Baharu Dengan Perlindungan Menyeluruh

September 12, 2025
Telekomunikasi

Ikhwan Nazri

Dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang, telefon pintar baharu hadir saban tahun dengan inovasi terkini. Persoalannya, bilakah waktu terbaik untuk menaik taraf ke peranti baharu? Pasti ada antara kita yang menangguhkan hasrat untuk membeli kerana mahukan peranti dengan teknologi yang lebih baik. Namun, ia dilihat sebagai satu alasan untuk tidak menggunakan teknologi terkini hari ini. Dengan Maxis Postpaid, anda tidak perlu lagi menunggu. Maxis telah memudahkan anda memiliki peranti baharu dengan dua pilihan pelan fleksibel iaitu Pelan Ansuran Bulanan dan Pembayaran Penuh, lengkap dengan perlindungan menyeluruh melalui Maxis Device Care. 

image 45

Pelan Ansuran Bulanan (Monthly Instalment Plan)

Sekiranya perbelanjaan bulanan merupakan satu perkara yang dititikberatkan, Maxis menyediakan pelan ansuran bulanan yang membolehkan peranti terkini mudah dimiliki.  Malah, anda boleh menukar peranti lama kepada peranti baharu tanpa sebarang bayaran tambahan serta penalti pada bila-bila masa. Contohnya, jika anda mula menggunakan Android pada awal tahun dan bercadang untuk beralih ke pada hujung tahun, anda boleh berbuat demikian secara mudah dengan hanya selesaikan baki pembayaran dan terus naik taraf. 

Apabila anda menaik taraf ke peranti baharu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan eSIM berbanding kad SIM fizikal. Sebagai eSIM, ia juga memudahkan anda untuk sentiasa bertukar peranti, tanpa perlu memindahkan kad SIM fizikal. Seperkara lagi mengenai eSIM, ia juga menawarkan kemudahan, keselamatan, dan keserasian dengan pelbagai sistem operasi.

image 41

Seterusnya, pelan ansuran ini juga tidak akan dikenakan sebarang faedah. Ia berbeza dengan pelan pemilikan secara ansuran yang umumnya mengenakan kadar faedah, dan menyulitkan pengguna. Bagi memudahkan lagi pemilikan peranti canggih, tiada kad kredit diperlukan untuk pelan ansuran bulanan ini. Jadi anda masih boleh mendapat manfaat dari pembayaran ansuran.

Sebagai perbandingan, harga jualan rasmi bagi Samsung Galaxy Z Flip7 (256GB) ialah RM4,999. Namun, melalui langganan Maxis Postpaid 199 untuk tempoh 36 bulan, anda hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM75 sebulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan hanyalah pada RM2,700, sekali gus memberikan penjimatan sehingga RM2,299 berbanding harga asal. Melalui pelan ansuran ini, anda berpeluang memiliki peranti terkini pada kos yang lebih berpatutan.

image 43

Pelan Pembelian Tanpa Kontrak (Outright Purchase)

Satu lagi pilihan yang sangat mudah adalah dengan melakukan pembayaran penuh dengan Maxis. Walaupun anda melakukan pembayaran penuh, anda masih boleh mendapat manfaat daripada Maxis, termasuklah program perlindungan Maxis Device Care yang menyeluruh. 

image 44

Maxis Device Care – Program Perlindungan 1-1

Apabila membeli peranti pintar, pelan perlindungan yang menyeluruh amat penting untuk melindungi daripada pelbagai risiko kerosakan. Maxis Device Care ialah program perlindungan peranti yang menawarkan penggantian 1-1 dengan peranti terpakai yang diperbaharui sekiranya berlaku insiden seperti kerosakan tidak disengajakan dan skrin retak. Anda boleh melakukan satu tuntutan hanya dalam 12 bulan sahaja.

image 42

Terdapat juga pelan perlindungan Maxis Device Care Plus yang memberikan program gantian 1-1 dengan peranti baharu. Pelan ini bukan sahaja meliputi kerosakan yang tidak disengajakan dan skrin retak, tetapi terdapat perlindungan tambahan seperti kecurian juga. Dengan itu, anda boleh membuat sehingga dua tuntutan dalam tempoh 12 bulan.

====(separator)

Maxis Device Care dihadirkan dengan dua jenis pelan di mana anda boleh memilih mengikut kesesuaian kewangan anda. Setiap peranti yang anda beli dengan Maxis disertakan dengan perlindungan percuma Maxis Device Care selama 3 bulan. Dengan Maxis Postpaid 139 dan ke atas, anda akan menerima naik taraf percuma ke Maxis Device Care Plus. Lebih menarik lagi, semua peranti yang ditawarkan tidak terikat dengan penalti kontrak. Sekiranya anda berubah fikiran, anda hanya perlu membuat bayaran penuh untuk memiliki peranti tersebut secara sepenuhnya. 

image 46

Maxis Postpaid sememangnya memberikan pengalaman terbaik untuk semua pengguna. Ia bukan sahaja menawarkan rangkaian pantas dan diyakini, anda juga boleh dapatkan peranti terkini dengan lebih penjimatan yang pastinya memenuhi kemahuan anda.

Selain kemudahan tukar beli dan perlindungan peranti, Maxis Postpaid turut menawarkan sooka Premium percuma dengan tawaran tempoh terhad untuk semua pelanggan baharu atau sedia ada yang menaik taraf ke Maxis Postpaid 139, 169, atau 199. Anda boleh strim pelbagai rancangan hiburan dan sukan langsung hanya RM25 sebulan. 

3b4efecf dc02 4759 924c dc2e2969ac3c
Kesimpulan

Jika anda belum tukar ke Maxis, anda boleh lakukannya hari ini. Maxis juga menawarkan program tukar beli peranti lama anda. Bawa peranti lama anda ke mana-mana kedai Maxis dan pakar Maxis akan bantu memindahkan data atau pemadaman memori peranti lama anda, secara tidak langsung memberikan anda ketenangan minda. Tukar beli sekarang dan nikmati lebih penjimatan untuk peranti terkini dengan Maxis.

Penafian: Advertorial dari Maxis

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link