Malaysia Oversight

Pelakon terasa hati tidak dapat duduk depan

By Utusan in October 19, 2025 – Reading time 2 minute
Pelakon terasa hati tidak dapat duduk depan


Letih juga kadang-kadang hendak melayan kerenah manusia, lagi-lagi kalau yang jenis tidak faham bahasa dan rasa diri itu bagus sangat.

Ini yang terjadi kepada kenalan Cik Bunga yang terlibat dalam satu penganjuran acara baru-baru ini. Kata kenalan kita itu, dia dihubungi oleh seorang pelakon lelaki yang mengharapkan dirinya dijemput sebagai tetamu untuk sebuah majlis yang dianjurkan.

Tidak pastilah Cik Bunga majlis yang bagaimana, tetapi melibatkan artis-artis tempatan jugalah.

Selepas itu, apabila diberitahu majlis tersebut mempunyai tempat yang agak terhad, si pelakon tadi masih cuba memujuk penganjur untuk tetap memberikannya ruang untuk hadir sama.

Mengenangkan si pelakon beria-ia mahu hadir, penganjur pun lembut hatilah berikan tempat duduk kepadanya.

Tetapi hendak tahu apa jadi? Si pelakon itu berang pula terhadap penganjur apabila mengetahui tempat duduk yang disediakan itu tidak sekali dengan artis-artis lain dan agak sedikit di belakang.

Apa yang membuatkan penganjur ‘gatal telinga’ adalah apabila si pelakon itu marah dan katakan bahawa keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana dia bukannya tidak dikenali, malah sedang ‘viral’ pula kini.

Amboi, Cik Bunga pun tumpang meluat juga mendengarnya. Sudahlah dia yang hubungi penganjur dan beria-ia hendak datang ke acara itu.

Makna kata,dia bukan dari awal tersenarai sebagai artis jemputan. Jadi, kenapa hendak marah-marah? Untung orang hendak beri tempat duduk atas dasar ihsan, alih-alih jadi begitu pula.

Kalau Cik Bunga, memang tak payah letak terus nama dia. Lebih baik jangan datang,kalau tidak, menyusahkan orang sahaja. Mana tahu tiba-tiba di majlis itu,dia buat onar pula? Pening kepala.





Source link