KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) maut dalam kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan disahkan sedang menjalani latihan industri. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTAR, Prof. Dr. Chang Yoong Choon berkata, mangsa merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan ini adalah minggu terakhir menjalani latihan berkenaan. Menurutnya, berdasarkan rekod universiti, mangsa beralamat di Bandar Utama ketika mendaftar masuk ke UTAR kira-kira tiga tahun…





