Malaysia Oversight

Pelajar didakwa dipukul, dilondeh seluar, nyaris dijerut dawai

By MkiniBM in August 20, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Kejadian buli di sekolah-sekolah di Malaysia terus menjadi tumpuan kebimbangan orang ramai, dengan kes terbaru di menyaksikan seorang pelajar Tingkatan Tiga didakwa dipukul, dilondehkan seluarnya, dan hampir djerut dengan dawai.

Pihak di sebalik serangan itu dipercayai enam pelajar Tingkatan Empat.

Menurut Berita Harian, ibu saudara mangsa mendakwa dalam catatan Facebook bahawa anak saudaranya ditampar, dipukul, dan dilondehkan seluarnya secara paksa.

Dia seterusnya mendakwa anak saudaranya itu hampir dijerut dengan dawai, tetapi berjaya dihalang guru.

“Anak saudara saya ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.

“Jika guru tidak lalu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli.

“Malam tadi enam keluarga datang rumah mak abah saya minta kami tarik kes. Saya minta tolong supaya keluarga pembuli berkenaan tidak meminta adik saya menarik kes ini.

“Semua pembuli itu baru Tingkatan Empat, namun boleh berfikir dan melakukan sampai tahap ini. Apa akan jadi bila mereka berusia 20 tahun?” katanya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Kama Azural Mohamed mengesahkan kejadian itu.

Dia berkata polis menahan enam pelajar berusia 16 tahun, dan proses reman dilakukan pagi ini.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan lanjut kemudian,” tambahnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Ibrahim berkata cadangan penubuhan tribunal bagi menangani kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibentangkan semasa mesyuarat kabinet.

Dia berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan membentangkan cadangan itu kepada kabinet.



Source link