Malaysia Oversight

Pelajar cemerlang STPM kecewa tak diterima masuk UM

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 2 minute
Pelajar cemerlang STPM kecewa tak diterima masuk UM


Edward Wong memperoleh PNGK 4.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) lalu dia memasang impian untuk menjadi seorang akauntan. Namun, impian itu musnah apabila enam universiti menolak permohonannya.

Kisah pelajar cemerlang itu berubah selepas dia meluahkan kekecewaannya di Facebook dan hantarannya tular sebelum menarik perhatian Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang hari ini bersama Wong pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Wong memberitahu pemberita dia berharap dapat melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti Malaya (UM), universiti yang sama tempat kakaknya baru sahaja tamat pengajian.

“Realiti sekarang mengecewakan, ada yang meragukan keupayaan saya, ada yang tak percaya, ada yang kata tak boleh tolong. UM sentiasa menjadi matlamat utama saya.

“Sejauh mana kami perlu cemerlangn untuk boleh memilih (kursus pengajian diminati),” soalnya sambil memaklumkan akan terus berusaha untuk buat rayuan.

c125487ae84ab4725bfb0b10bcec7342
Wee Ka Siong

Sementara itu Wee berkata, amat malang seorang pelajar cemerlang STPM dengan purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 dinafikan peluang untuk menyambung pengajian dalam kursus yang diminati.

Oleh itu Wee merayu UM supaya mempertimbangkan permohonan Wong.

Wong ketika ini hanya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Beliau merupakan pelajar yang dapat keputusan cermelang PNGK 4.0, pembabitan kokurikulum 9.9/10, bermaksud dengan jumlah markah diperolehi pun masih gagal untuk dapatkan kursus perakaun.

“Beliau mengambil mata pelajar perakaunan, ekonomi, pengajian am dan ICT, semuanya dapat A.

“Namun malangnya tidak diterima melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di universiti awam yang dimohon,” katanya.

e4bfbbd19967239d54940471cdb7ca34

Wee berkata antara enam universiti yang dimohon pelajar terbabit untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan ialah UM, USM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Berdasarkan keputusan itu, kata Wee, pelajar berkenaan sepatutnya layak mengikuti kursus pengajian perakunan.

Malah, katanya, ada pelajar yang mendapat PNGK 3.8 diterima menyambung pengajian dalam bidang perakunan berbanding Wong yang terpinggir.

“Kita rayu UM kasihan pada dia, ini bukan soal kaum,” kata Wee lagi.

238b46e41c04f39017f8e29fb476cf9a



Source link