Malaysia Oversight

Pekerja maut dihempap pokok tumbang semasa kerja pembersihan di Pontian

By TheSun in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Pekerja maut dihempap pokok tumbang semasa kerja pembersihan di Pontian


Seorang lelaki berusia 27 tahun di lokasi kejadian selepas jengkaut yang dikendalikannya dihempap pokok tumbang di Pontian

PONTIAN: Seorang lelaki selepas dihempap sebatang pokok tumbang semasa menjalankan kerja pembersihan di Jalan Muafakat 2, Serkat, pagi tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian Baru menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.29 pagi.

Sebanyak lapan anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender dan satu unit Emergency Medical Rescue Services digerakkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 11.51 pagi selepas perjalanan sejauh 30 kilometer dari balai.

Mereka mendapati mangsa lelaki dewasa tersepit selepas sebatang pokok setinggi kira-kira 30 kaki tumbang dan menghempap jentera berat jenis jengkaut.

Mangsa berusia 27 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum jentera yang dikendalikannya dihempap pokok berkenaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan satu unit pengusung sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis.

Operasi penyelamatan ditamatkan pada pukul 1.18 tengah hari.



Source link