Malaysia Oversight

Pekerja ladang akan serah draf Akta Skim Perumahan Pekerja Ladang pada PM

By MkiniBM in August 1, 2025 – Reading time 2 minute
Pekerja ladang akan serah draf Akta Skim Perumahan Pekerja Ladang pada PM


Lebih 100 pekerja ladang dari seluruh negara akan menyerahkan draf Akta Skim Perumahan Pekerja Ladang kepada Perdana Menteri Ibrahim.

Penganjur rencana itu, dikenali sebagai Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML), berkata draf akan diserahkan pada 13 Ogos di Parlimen.

“Isu perumahan kepada pekerja ladang tidak diselesaikan walaupun berlanjutan lebih 40 tahun. Setiap kali kawasan ladang diambil untuk pembangunan, pekerjanya diusir keluar.

“Sehingga hari ini tiada satu penyelesaian kepada isu ini,” kata penasihat JSML S Arutchelvan kepada pemberita di ibu pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, koordinator JSML Karthiges Rajamanickam dan wakil pekerja ladang.

Mengulas lanjut, Arutchelvan yang juga timbalan pengerusi PSM berkata penyerahan draf akta itu usaha terakhir JSML menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, pada 2019, JSML menyerahkan memorandum kepada menteri sumber manusia ketika itu, M Kulasegaran dan menyerahkan satu lagi memorandum kepada penggantinya M pada 2021.

“JSML juga mengadakan taklimat khas bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Perladangan) pada Nov 2024.

“Namun, tidak ada sebarang progresif. Jadi, pekerja ladang mengambil keputusan untuk merangka sendiri draf ini.

“Maksudnya, selepas diserahkan, hanya perlu mengkaji draf itu sebelum membawa kepada kelulusan di parlimen,” katanya.

Katanya, draf itu dirangka oleh pakar undang-undang terkenal seperti bekas pengerusi Majlis Peguam Negara Ragunatha Kesavan dan peguam terkenal Gurdial Singh Nijar.

“Kami juga mengambil kira pandangan NGO-NGO, kesatuan perladangan dan pihak berkepentingan yang lain sebelum muktamadkan draf itu,” katanya.

Katanya, JSML juga sebelum ini telah menghantar memorandum mengenai draf akta ini kepada lima negeri iaitu , Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Johor.

JSML diwujudkan sejak 1983 untuk membawa perjuangan pekerja ladang. Jawatankuasa itu kini disertai lebih 100 ladang daripada seluruh negara.



Source link