Malaysia Oversight

‘Pekerja asing, tidak formal juga perlu dilindungi skim kecederaan luar waktu kerja’

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 1 minute
'Pekerja asing, tidak formal juga perlu dilindungi skim kecederaan luar waktu kerja'


Bekas ahli parlimen Charles Santiago menggesa memasukkan pekerja asing dalam cadangan Skim Kecederaan Bukan Pekerjaan, yang diumumkan perdana menteri semalam.

Mengalu-alukan langkah itu, bekas ahli parlimen Klang itu bagaimanapun menggesa turut memasukkan pekerja gig dan tidak formal.

“Sesuatu faedah mesti dibuat mudah alih merentas sempadan. Pekerja warga asing yang membina Malaysia mesti dilindungi di tempat kerja mereka.

“Dan kita mesti memastikan manfaat dan pencen ilat sampai kepada keluarga pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Ibrahim semalam mengumumkan skim itu sebagai langkah menyediakan perlindungan pekerja di luar wahtu bekerja.

Dia berkata, pengenalan skim itu berpunca daripada kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti di pintu pagar kilang atau pintu pejabat.

Sehubungan itu, Charles menggesa untuk melaksanakan program itu dari awal dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti kesatuan pekerja, kumpulan pekerja asing, peguambela orang kurang upaya dan lain-lain semasa menggubal dasar itu.

Menurutnya ia akan memastikan tiada kumpulan tertentu tercicir.

Namun, Charles menegaskan bahawa kejayaan program itu bergantung kepada kebolehcapaian dan penguatkuasaan apabila tuntutan diproses.

“Walaupun alatan digital berguna, ia mestilah mesra pengguna, berbilang bahasa dan disokong oleh bantuan luar talian.

“Tanpa saluran pelaporan yang jelas dan penalti bagi ketidakpatuhan, ini sekadar cakap kosong,” tambahnya.



Source link