Malaysia Oversight

Pejabat DUN Sijangkang, surau Kafa runtuh akibat ribut

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 1 minute
Pejabat DUN Sijangkang, surau Kafa runtuh akibat ribut


Seorang wanita cedera selepas terperangkap selama kira-kira setengah jam dalam insiden runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, akibat ribut hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba , Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata wanita berusia 51 tahun itu cedera di bahagian pinggang dan paha.

Menurutnya, ribut hari ini juga menyebabkan surau dan bangunan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berhampiran runtuh.

“Terdapat seorang wanita telah terperangkap di bawah runtuhan dan berjaya dibawa keluar 5.05 petang.

“Mangsa yang cedera pada bahagian pinggang dan peha telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan.

825c4341621fa1421a017f0d5be770cc

“Selain itu, seramai tujuh hingga sembilan orang murid Kafa turut cedera ringan dalam kejadian itu. Kesemua mangsa sedang dirawat petugas KKM yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Sri Andalas bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.24 petang.

“Pasukan bomba yang tiba 10 minit kemudiannya mendapati runtuhan melibatkan Pejabat DUN Penyelaras Sijangkang, selain sebuah surau Kafa berhampiran dan bangunan kelas,” katanya lagi.

Sementara itu, beberapa buah sekolah di kawasan tersebut dilaporkan turut terjejas akibat ribut yang melanda.

Antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan, SK Sijangkang Jaya, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya.



Source link