Malaysia Oversight

Peguam pertikai tindakan SPRM mahu serbu rumah Tei

By MkiniBM in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
Peguam pertikai tindakan SPRM mahu serbu rumah Tei


Pegawai SPRM pagi ini tiba di kediaman ahli perniagaan, Albert Tei di Puchong, bersama waran untuk melakukan serbuan, kata peguamnya, Mahajoth Singh.

Dalam satu kenyataan, peguam tersebut berkata pegawai SPRM juga mahu membawa Tei — yang merupakan individu utama dalam dakwaan rasuah terhadap ahli politik ternama — ke ibu pejabat mereka di .

Ini berlaku walaupun SPRM semalam mengumumkan bahawa mereka hanya akan mengambil keterangan Tei pada Isnin.

“Percanggahan ini jelas dan tidak dapat diterima.

“Tindakan penguatkuasaan secara tiba-tiba ini memperolokkan dakwaan Perdana Menteri bahawa pentadbiran ini menegakkan integriti dan proses yang betul.

“Institusi yang beroperasi dengan integriti tidak akan menyerbu pemberi maklumat, melanggar jadual sendiri, atau bertindak seolah-olah mereka takut terhadap ketelusan.

“Malaysia kini nampaknya menjadi satu-satunya negara di mana individu yang mendedahkan dakwaan rasuah peringkat tinggi yang diserbu, dibawa pergi, dan diugut dengan pendakwaan.

“Penggunaan kuasa negara yang songsang ini bukan sahaja membimbangkan; ia adalah serangan langsung terhadap pemberi maklumat dan hak rakyat untuk mengetahui,” kata Mahajoth.

Malaysiakini telah menghubungi SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki untuk mendapatkan maklum balas.

[Berita penuh menyusul]



Source link