Malaysia Oversight

Peguam pemberi maklumat serah telefon, dokumen pada SPRM

By MkiniBM in April 29, 2025 – Reading time 2 minute
Peguam pemberi maklumat serah telefon, dokumen pada SPRM


Pemberi maklumat dalam skandal rasuah Sabah akan menyerahkan sebuah telefon bimbit yang mengandungi mesej asal WhatsApp berkaitan kes itu serta hampir 300 halaman bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut peguam pemberi maklumat, Mahajoth Singh, bukti tersebut mengandungi nama saksi, lokasi, rekod panggilan, dan pemindahan saham yang dilakukan secara “sulit”.

“Ini bukan bukti lengkap. Ini adalah tambahan kepada sembilan rakaman video serta kenyataan setebal 50 muka surat yang sebelum ini telah diserahkan oleh pemberi maklumat,” kata Mahajoth dalam sidang media di luar ibu pejabat SPRM di .

Dia berkata demikian ketika hadir untuk menyerahkan bahan bukti itu kepada SPRM pada jam 3.30 petang.

Semalam, sumber berkata dokumen yang akan diserahkan itu mendedahkan pelantikan proksi sebagai pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang memohon lesen perlombongan mineral.

Pemberi maklumat berkenaan, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun, membuat dakwaan mengejut terhadap beberapa Sabah, dengan mendakwa mereka menerima rasuah sebagai balasan untuk kelulusan lesen tersebut.

Sejak November tahun lalu, individu tersebut mendedahkan beberapa video pertemuannya dengan berkenaan yang dirakam secara rahsia, bersama rentetan mesej WhatsApp yang memaparkan urusan yang didakwa meragukan.

Terdahulu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata analisis forensik terhadap 10 klip video yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan beberapa lain dijangka siap minggu depan.

Mengulas kelewatan laporan forensik tersebut, Mahajoth mempersoalkan mengapa ia masih belum disiapkan.

“Kami mengatakan ini satu kelewatan, dan ia jelas sekali satu kelewatan,” katanya, sambil menambah video-video berkenaan telah diserahkan kepada SPRM sejak 11 Mac.

Dia turut merujuk kenyataan Azam pada 21 Januari lalu yang menyatakan bahawa siasatan SPRM terhadap kes itu telah selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa pemberi maklumat tersebut – yang turut disiasat kerana didakwa terlibat dalam kartel untuk memonopoli aktiviti perlombongan di Sabah – masih memiliki beberapa rakaman video lain, walaupun tidak jelas sama ada rakaman itu akan didedahkan kepada umum.

Hajiji menafikan segala dakwaan terhadapnya, dan menuduh ahli perniagaan itu bekerjasama dengan pihak tertentu yang ingin menggugat kestabilan negeri.

Mahajoth turut mempersoalkan tindakan SPRM yang didakwa terlalu pantas membersihkan nama Hajiji, sedangkan laporan forensik belum lagi dimuktamadkan.

“Kami datang untuk membantu SPRM. Atas arahan anak guam kami, bukti ini akan diserahkan kepada mereka… Saya percaya bukti ini cukup kukuh.

“Saya juga berharap dengan penyerahan ini, SPRM dapat mempercepatkan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal ini,” katanya.



Source link